Website ini dibawakan oleh  Mohd Adib bin Mohamad Zaki  Tel:0193395441 
| Home | Beli-SimKad | Aktif-Simkad | Soal/Jawab | Hubungi | Testimonial | Berita | List Agen | Upgrade | Video | Login |
Testimonial mengenai Program Tune Talk / Tone Excel ini

Testimonial - Apa kata sahabat kita mengenai program Tune Talk / Tone Excel ini.

Selamat sejahtera kepada semua.

Untuk membantu anda mendapat downline baru dan juga memyembarkan kebaikkan program TuneTalk Tone Excel ini, saya bercadang nak buat ruangan testimonial mengenai program kita ni, jika anda ada kelapangan bolehlah berikan pandangan tentang program ini.

Data yang saya perlukan adalah:

1) Apa yang telah anda perolehi selama menyertai program ToneExcel ini.
2) Nama penuh
3) Nombor Phone
4) Bandar dan Negeri
5) Web promosi utama anda
6) Gambar.

Hantarkan ke email saya di mazelan.abas@gmail.com

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
Mazelan Abas
010-5232047


Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

salam teman teman...
06.11.2013 hari ini genablah sebulan saya bersama dengan teman teman yang menyertai Tune Talk dan Alhamdulillah saya sudah dapat menyesuaikan diri bersama sama up line saya membina empayer Tune Talk..ucapan terima kasih saya kepada Roza Rozakiah dan Andrew Lim yang banyak memberi peluang dan tunjuk ajar mengenai Program yang simple dan santai begini serta hasil yang semakin hari semakin meningkat..

Kita tidak mengejar hasil yang beribu ribu pada mula tetapi akan menjadi ribu ribu kemudian..yang mana hasil yang bermula dengan modal yang besar tetapi untung yang sedikit..tetapi di Tune Talk amat berbeza kerana setiap orang akan menggunakan nya setiap masa..

Terima kasih juga kepada Ros Izan (isteri) yang banyak membantu dari segi masa dan tenaga..in sya Allah nanti kita akan terus menjana pendapatan berganda dengan adanya Program TuneTalk yang menjanjikan pendapatan yang pasif dan boleh di warisi selagi downline menggunakan Tune Talk.. mana hendak dapat insuran kemalangan percuma, fast bonus, new year bonus, lucky draw, point dan yang paling saya suka bila level topup saya dapat komisyen topup..

Apa yang paling saya suka apabila penat lelah saya terbayar dan saya akan berusaha dengan lebih hebat lagi bersama downline untuk membina empayar saya..dan akan mengikuti segala tips serta nasihat idola saya iaitu Tuan Mazelan Abas.. terima kasih Tune Talk dan Tuan Mazelan...
.
 
Razarul Hisham B.Kamaluddin
Kuantan
Pahang Darul Makmur

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Salam sejahtera,

Saya Madris berasal dari Kudat Sabah. Program ini diperkenalkan oleh sahabat saya dari Sarawak. Sebelum menyertainya, saya kurang yakin dengan program ini maklumlah baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan seperti ini. Namun setelah saya memahaminya dan memperkenalkan kepada semua ahli keluarga, ternyata ia memberikan pulangan yang tetap setiap bulan. Buat permulaan, saya memperkenalkan program ini dengan keluarga dan saya sudah mendapat komisyen, kini saya akan luaskan lagi kepada rakan dan sahabat handai. Saya tidak boleh bayangkan komisten yang akan saya perolehi nanti setiap bulan.

Terima kasih Tunetalk.
 
Madris Asadan
Sikuati Kudat,
Sabah.

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Nama saya wong yeak hua , saya bukan orang kaya atau terkenal , nama saya lansung tidak dikenali oleh orang , tapi di sini saya ada sedikit pengalaman yg ingin dikongsikan kepada semua. Saya mula kerja pada tahun 2002 – 2013, sesudah 12 tahun saya berkerja, gaji saya dalam linkungan RM 2k – 3k saja, dan masa tu saya ingin mencari wang lebih dan berjumpa banyak peluang direct sale, selling financial product, tapi semuanya 0, cuma bayar member fee saja.

Selepas itu saya ceburi bidang  telemunikasi  sebagai Business development excutive dan mencari syarikat lain untuk mengguna talian perkhimatan syarikat tu di seluruh Sarawak dan Sabah. Saya didapati sebenarnya perniagaan dibidang  telemunikasi amat menguntungan. Keuntungan tu bukan 1 atau 2 bulan saja, kenapa saya cakap begitu? 

Masa tu saya berjaya cari lebih kurang 2000 buah syarikat kecil besar menguna talian perkhimatan syarikat saya tu , dan cuba anda kira jika 1 syarikat atau seorang itu memberi RM10 keuntungan bersih, berapakah akan diperolehi setiap bulan jika anda pemilik syarikat tersebut? Bukan satu sekali tetapi setiap bulan. Sayangnya masa tu saya cuma dapat gaji dan sedikit komision saja, tiadaprofit sharing. Saya amat bersyukur dapat menyertai program Tune talk tone excel pada 2012 akhir tahun. Saya sangat gembira kerana saya tolong syarikat saya kerja tu 6 tahun dan tengok syarikat  tu untung duit, saya cuma ambil gaji saja.

Sekarang saya mahu buat keuntungan untuk sendiri. Saya percaya  dan yakin program ni akan  tolong saya dalam segi kewangan  kerana isteri saya tak kerja, kalau saya tak dapat  kerja siapa mahu tanggung keluarga? sebab tu saya sertai Tune talk tone excel, kalau suatu hari nanti saya mungkin tidak kerja lagi, mahu pencen, dalam keadaan  sakit  saya juga dapat pendapat  juga. Kalau suatu hari nanti saya meniggal dunia, saya percaya komision yang saya dapat dari  Tone excel setiap bulan dapat tanggung dan  diwaris kepada keluarga saya. Cuba fikir ! mana syarikat yang kami kerja, gaji kami boleh diwaris? gaji boleh terus bank in walaupun 1 bulan cuti (tak termasuk cikgu atau wanita bersalin).

Gaji boleh bertambah dengan cepat sampai puluh ribu –ribu. Saya percaya tone excel boleh bantu saya semua ni. Saya pun percaya tone excel boleh juga tolong semua  rakyat  Malaysia termasuk kamu.  Dan  isteri  saya bernama Tang  dan anak saya bernama Brayden baru berumur 3 tahun saja, walaupun isteri dan anak saya tak kerja, tapi setiap bulan ada income masuk ke bank isteri dan anak saya dari Tune talk tone excel.

Terima kasih Tune talk tone excel.

 
Wong Yeak Hua
Johor.


Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Saya menyertai program toneexcel 28/12/2012. saya percaya program ini akan memberi saya peluang untuk pendapatan yang sangat bagus. Saya dah kerja lebih dari 28 tahun. tak pernah gaji saya naik macam begini. Kalau kita konsistent setiap bulan, bulan2 komision kita naik dan juga bonus tahunan kita.

Selama ini saya sendiri sahaja menyara keluarga saya. short sikit bulan depan susah. adoi……… dengan program toneexcel saya ada sudah pendapatan kedua. komision saya tetap jalan  walapun saya berehat atau bercuti.

Untuk jadi ahli tunetalk toneexcel tak perlu modal yang besar. kos panggilan, sms atau internet tak lah mahal sangat, tapi apa pun, semua ini akan jadi percuma bila komision kita meningkat dan dapat lebih lagi….

Saya dan isteri menyertai program ini baru 6 bulan. komision kami dah mau sampai rm2xxx. tolak reload rm200 ada lebih lagi untuk kami.

Mau taja ahli masuk program ini bukan lah susah sangat. di malaysia ada lebih dari 28 juta pengguna prebayar. hanya kita yang tahu berapa yang kita mau taja. jangan tunggu2 lagi yakin kan diri jadi ahli program ini.

Terima kasih toneexcel kerana memberi peluang yang hebat ini.


Pascalis Lim
Kota Kinabalu, Sabah
Juara Penaja Terhebat Jun 2013

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Salam sejahtera.
1) Kelayakan dlm perniagaan ini ada dua: umur mesti 12 tahun dan keatas & mempunyai handphone (hp). Hp adalah suatu produk keperluan dan sukar kita nak jumpa org Malaysia yang berumur 12 tahun dan keatas, tidak pakai hp. Inilah potensi pasaran kita dan lebih 33 juta hp telah didaftarkan setakat ini.

2) Modalnya sebanyak RM80 sekali seumur hidup adalah sangat halus, bila kita bandingkan apa yg akan kita akan perolehi. Ramai sangat pengguna2 hp yg mampu utk mencuba perniagaan ini jika dibandingkan perniagaan2 konvensional dan MLM yg lain.



3) Kursus lengkap tentang perniagaan ini ada di dlm internet di bawah kelolaan Sifu Mazelan Abas. Kalau yg tiada komputer, buku tentang bagaimana nak mulakan perniagaan in yg lengkap telah di sediakan oleh Sifu Mazelan.

4) Maintenance bulanan dlm perniagaan ini hanya RM20 sahaja. Kebanyakkan bil bulanan hp kita melebihi RM20 dan kalau kita tak buat perniagaan ini, kita pasti akan menggunakan hp hampir setiap hari.

5) Biasanya org yg mengguna hp akan dapat 3 perkara: bercakap, bersms & berinternet. Tetapi pengguna SimKad ToneExcel mendapat 7 perkara: bercakap, bersms, berinternet, insuran kemalangan RM100 ribu, bila topup akan mendapat point yg boleh ditukarkan kpd tiket kapal-terbang, mendapat corporate rate di Tune Hotel di seluruh dunia & lesen utk berniaga.

6) Outlet utk topup ada di merata-rata tempat di seluruh tanah air. Pengguna bila hendak topup, mereka tak akan cari kita sebab kita bukan penjual topup. Bayangkan bila kita sedang tidor, duit masuk sebab org yg kita kenal & yg tidak kita kenal sedang guna hp. Luar biasa perniagaan ini. Hebat WOW.

7) Syarikat Tune Talk memang kukuh kerana pemegang saham terbesarnya adalah Celcom & Tune Ventures.

8) Pelan pemasaranya sangat mudah utk difahami & mudah diduplikasi.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kpd TuneTalk & Tone Excel kerana menyediakan platform utk kami berniaga. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd upline kami En Ishak Din kerana banyak membantu selama ini & especially to Sifu Mazelan yg menyediakan sistem terbukti berkesan utk seluruh ahli Tone Excel di Malaysia.


Pn Jahlilawati Abu Bakar
Selangor
Juara Penaja Terhebat May 2013

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Saya amat tertarik dengan program Tone Excel yang menyediakan platform termudah untuk kita capai impian kita semua iaitu suatu pelan PENCEN yang mudah, berkesan yang berkekalan, insyaAllah.

Ia bukan sahaja tersangat murah malahan pelan yang paling mudah difahami serta boleh diikuti oleh semua pengguna handphone di Malaysia in (kini ada lebih dari 26 JUTA pengguna handphone keseluruhannya di Malaysia & semakin bertambah). Pelan ini juga sesuatu keperluan iaitu 'talian telefon bimbit' sama seperti Maxis, Celcom, Digi namun pelbagai kelebihan yang sangat menarik menjadikannya sesuatu yang boleh menarik kesemua pengguna telefon mudah alih di Malaysia mula menggunakan sistem ini.

Terima Kasih .
DAZARUL Hj. MOHD BADARUDIN
Ipoh Perak

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Assalamualaiku/salam satu malaysia...

Syukur Alhamdulilah..saya baru saja  menyertai program bisnes Tone Excel ini pada 8hb Mei 2013, WOW !!!.. keputusan nya hebat sekali, pelannya cantik dan menarik, amat mudah di jalankan, dan amat mudah di terima orang ramai, tak sama dengan bisnes yang saya pernah ikut sebelum ini, jika dibuat bersungguh-sungguh kita akan dapat limpahan downline yang ramai, komesin masuk setiap hari laju, pendapatan bertambah setiap hari, kerana bisnes ini adalah satu keperluan, semua orang menggunakan prepaid prabayar amat mudah sekali, dengan penerangan yang mudah orang akan jadi ahli dengan mudah dan seterusnya menjalankan perniagaan ini seperti kita menjalankannya, tidak mustahil satu hari nanti kita akan berjaya seperti orang yang telah berjaya dalam bisnes ini. jom join bisnes ini..

" Bermula di sini untuk Berjaya "

Terima kasih
Adnan Joldi
Sandakan Sabah

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Secara ringkasnya, telah banyak  bidang perniagaan yang telah saya  ceburi, tetapi semuanya tidak mencapai target yang saya inginkan.  Namun saya  tetap  tidak berputus asa dan terus berusaha, sehinggalah saya diperkenalkan oleh seorang rakan iaitu En. Mazelan bin Abas dalam bisnes Tunetulk-ToneExcel.  Setelah  saya faham  dengan penerangannya,  saya tidak menoleh kebelakang lagi,  kerana saya  nampak perniagaan ini mampu memberikan sesuatu impak yang terbaik kepada saya untuk jangkamasa yang panjang.  Saya telah menceburi bidang ini lebih kurang 1 tahun dengan modal yang rendah dan plannya yang mudah serta ringkas, maka pendapatan yang saya perolehi sememangya diluar jangkaan.
Dengan adanya gabungan dari isteri, anak-anak serta rakan-rakan yang  sama-sama berkongsi menggunakan program ini dan mengalakkan mereka menarik lebih ramai ahli-ahli baru maka bisnes ini dapat berkembang maju dari sasaran yang saya jangkakan.   Alhamdulilah, dengan berkat usaha yang tidak mengenal  jemu dan menolak semua kata-kata negativ maka semuanya menjadi kunci dan semangat untuk saya terus berjuang dalam bisnes ini.  Bisnes ini juga dapat mengiratkan lagi kasih sayang antara keluarga dan hubungan silatulrahim antara rakan-rakan kita.  Rebutlah peluang ini dengan sebaik mungkin, kerana PELUANG YANG TERBAIK HANYA DATANG SEKALI DALAM HIDUP KITA.  jangka leka kerana seminit yang kita abaikan akan memberi peluang dan ruang kepada orang lain.....jom sama-sama kita serta " BISNES TUNETULK-TUNOEXCEL YANG SEMAKIN HARI  SEMAKIN BERKEMBANG".....terima kasih yang tidak terhingga kerana join bisnes ini.......berminat hubungi saya.......INSYALLAH.

Terima Kasih .
Mohamad Yusof Mohd Rashid
Seri Kembangan, Selangor.

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Salam sejahtera. Saya menyertai program Tone Excel ini pada bulan April 2012. Terima kasih kepada sahabat lama saya iaitu saudara Gardan Guntis kerana telah memperkenalkan Tone Excel. Pertama kali saya melihat video tentang program Tone Excel...saya terkejut dan amat teruja...bagaimana selama ini saya tidak tahu tentang Tone Excel...??? sedangkan program ini sudah wujud sejak tahun 2010...??? Tanpa berfikir lama, saya terus beli sekeping simkad Tone Excel. Sudah join, saya pun mula kempen...bermula dengan isteri saya...lepas tu, adik-beradik saya...saudara terdekat...jiran sebelah...kawan. Syukur...sambutan amat positif, walaupun ada juga yang negatif...itu perkara biasa bagi saya. Setakat ini, pencapaian saya belum sehebat kawan-kawan yang lain. 
Sebelum ini, saya menghabiskan kredit handphone lebih kurang RM100 sebulan (duit terbang hangus begitu sahaja...hmmm...). Sekarang ini, dengan komisyen yang saya dapat daripada Tone Excel...saya boleh cover kredit handphone keluarga saya...kan best tu...dapat top up percuma. Saya akan terus berkempen tentang program ini kerana saya yakin bahawa simkad Tone Excel-Tune Talk adalah pilihan yang TERBAIK. Kepada kawan-kawan yang belum menyertai program Tone Excel, saya menyokong 100% agar segera menyertai program ini...luangkanlah masa anda untuk mengenali Tone Excel. Sebagai pengguna handphone, memang RUGI berterusan jika tak nampak kebaikan program Tone Excel...program ini memang banyak faedahnya...jadi pengguna yang BIJAK.

Terima Kasih .
Jolikon @ Marinus Gitam
Penampang, Sabah

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Pertama kali saya terjumpa program ini hanya sekadar baca intro sahaja. Tetapi apabila email masuk hari demi hari tiba-tiba hati ini terasa ingin membaca lebih mendalam lagi apa yang menarik sangat program ni. Apabila saya dah mula baca,melihat video,memahami langkah demi langkah serta kelebihan yang terdapat dalam program tunetalk tone excel ini,saya dah mula rasa tertarik & ternyata ianya sangat berbeza berbanding dengan program-program yang lain. Hampir 1 bulan lebih saya meneliti & melihat perkembangan program ini,hari demi hari saya tengok ada sahaja orang yang dah join,ini yang buatkan hati saya mula terbakar. Saya makin tak boleh sabar lebih-lebih lagi apabila saya cerita pada keluaga tentang konsep program ini & mereka mula yakin & berminat untuk join.
Pada mulanya saya telah buat tempahan melalui online kerana tidak tahu penaja terdekat yang boleh saya beli simkad tersebut. Tetapi pos agak lewat sedikit tiba membuatkan saya semakin tidak sabar untuk menerima simkad tersebut. Saya terus menghubungi en.Ishak & bertanyakan tentang simkad tunetalk tone excel. Beliau memberitahu bahawa beliau ada menjual simkad tersebut. Tanpa berlengah lagi saya terus ke rumahnya pada petang tersebut untuk mendapatkan 2 keping simkad. Selang dua hari kemudian saya telah membeli satu lagi simkad tunetalk tone excel dari en.Ishak. Kini saya sudah mula menikmati bonus kerana telah memperkenalkan program tunetalk tone excel ini kepada keluarga & bakal menerima komisyen apabila mereka topup nanti.

Jika anda rasa RM80 untuk simkad ini dapat mengubah hidup anda,keluarga anda & dapat menambah nilai hidup lebih ramai lagi orang diluar sana,sertailah & bantulah mereka kerana lebih ramai yang tidak akan tahu jika di kawasan/wilayah anda sendiri tidak bantu mereka memperkenalkan tentang bagusnya program tunetalk tone excel ini untuk mereka.

"JADIKAN HIDUP ANDA LUAR BIASA & BUKAN LAGI HIDUP BIASA-BIASA SEPERTI DULU"


Terima Kasih .
SHAHRIL RIDZUAN YUSOF
PUCHONG SELANGOR

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Saya berterima kasih terutama suami saya dan rakan2 yang telah banyak membantu dan menyokong saya, dalam pencarian ahli baru tone excel serta bantu saya jadi juara penaja bulan november 2012 walau pun saya baru jadi ahli pada 12/11/2012.

Saya pernah buat mlm tetapi banyak ahli yang tidak mampu mengekalkan  rmxxx ke atas utk mendapat bonus. dengan program ini top up sekurang-kurangnya rm20/bulan pun dah ok, itu pun untuk air time sendiri.

Sehingga hari ini sudah melebihi 125 ribu menyertai program ini. juta2 lagi belum jadi ahli, woooooooow……... pasti kita boleh. Terima kasih tone excel, tidak pernah saya mendapat bonus seperti ini, dalam masa sesingkat ini.

Terima Kasih .
NANCY BINTI KIMA
KOTA KINABALU SABAH
Juara Penaja Terhebat November 2012

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.Pada asalnya saya diperkenalkan tentang program ini dari rakan saya. Tetapi tujuan asal hendak bertanyakan tentang pelaburan. Saya tak minat nak cari-cari orang ni bila rakan saya sibuk mempromosikan program ni pada saya. Esoknya saya berkongsi dengan rakan saya di pejabat tentang program ni. Setelah habis saya cerita, rakan saya terus kata " Baguslah Wan prepaid ni". Dia terus seluk poket dan bagi saya duit untuk daftarkan dia. Saya terkedu dan berkata pada diri saya " Aku tak masuk lagi tapi member aku nak join dah, rugilah aku!!!" Malam itu juga saya daftarkan diri saya dan belajar tentang program ni. Tuhan buka pintu rezekiNya pada saya. 
Alhamdulillah cukup bulan bonus dan komisyen terus masuk dalam bank.
Kawan-kawan semua berhentilah jadi promoter tak bergaji.
Mari kita sama-sama kayakan diri sendiri.


Terima Kasih .
Mohd Reedhuan b Mohamed
Johor Bahru, Johor.

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Dari negeri dibawah Bayu…
Salam Perkenalan pada semua rakan-rakan dalam program Toneexcel. Saya sertai program ini pada 7 ogos 2012 yang diperkenalkan oleh En. Kamaruddin kepada saya atas petunjuk  dan bimbingan daripada Tuan Bertyhold E Stanis sehinggalah saya betul-betul memahami tentang proram ini. Pertama sekali saya sangat berterima kasih kepada toneexcel kerana memberi peluang seperti ini yang julung-julung kita temui kerana ia adalah satu peluang yang sangat besar juga menambahkan pendapatan kita.
Selama saya menyertai program ini, iaitu Hampir 3 bulan saya sudah ada pendapatan bulanan. Dengan hanya bermodalkan RM80 sahaja. Tidak rugi Rm80 seumur hidup kita dapat komisen.

Bah bila lagi?.. cuba dulu baru tahu bah…

Selain itu juga Program ini juga Mempunyai keistimewaan
1.    Perlindungan insurans RM100.000.00
2.    Mendapat Komisen yang Berpanjangan seumur hidup
3.    Memperolehi Point Tiket Air-Asia kemana-mana destinasi di seluruh dunia
 

Terima Kasih .
Martinus Bin Paschalis
Tenom, Sabah.

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Perlaburan rendah dan pendapatan yang tinggi dan berlipat kali ganda, itulah yang saya boleh simpulkan mengenai perniagaan Internet affiliate Tunetalk-Toneexcel. Sudah terbukti walaupun dengan hanya modal permulaan RM80 sahaja dan bulanan minimum RM20, kita berupaya memperolehi pendapatan terbukti berpuluh ribu ringgit. Tambahan pula, tiket Air Asia percuma dan insurans kemalangan RM100 ribu menjadi tarikan kepada rakan niaga untuk menceburinya bersama-sama.

Sistem yang telah diadaptasikan oleh Toneexcel.biz telah memudahkan perniagaan Internet ini dijalankan. Ianya satu penyelesaian kepada mereka yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa terluang seperti saya untuk melakukan perniagaan Internet.  
Sudah pasti tarikan lain, seperti website ini yang penuh dengan informasi dan juga proses pendaftaran yang efisyen dengan komitmen 4 jam sahaja sudah melonjakkan lagi perniagaan Internet Tunetalk-Toneexcel ini. Syabas dan Tahniah kepada Tuan Mazelan Abas dan Abang Ishak yang telah menyediakan prasarana IT yang hebat ini!

Saya telah membuktikan bahawa perniagaan Tunetalk-Toneexcel mampu dijalankan secara online sepenuhnya. Teknik- teknik pemasaran seperti website, Autoresponder, Affiliate tunetalkpower.com, Video youtube, social network facebook dan twitter serta tele-marketing menjadikan ianya layak untuk menerima hadiah top sponsor ini. Yang pasti, bukan hadiah yang menjadi keutamaan tetapi pembuktian bahawa perniagaan ini mampu dijalankan dan mendapat sambutan ramai dengan teknik pemasaran online sahaja. Apatah lagi jika disertakan dengan teknik offline yang tidak mampu saya lakukan, sudah pasti kejayaan yang lebih tinggi boleh dicapai. Maju jaya kita bersama Tunetalk-Tonexcel!


Terima Kasih .
Aridz Ridzuan
Cheras, Selangor.
Juara Penaja Terhebat Sept 2012

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Pada mulanya saya dikenalkan oleh kawan sekerja tentang kelebihan menggunakan simkad toneexcel. Kawan tu sponsor ja simkad tu, daftarkan saya dan suruh saya pakai simkad toneexcel. Saya tidak percaya penerangannya, tapi setelah dia bagi tengok betul ada pulangannya, baru saya yakin dan saya pun cuba belajar menaja orang. Walaupun baru beberapa kawan saya taja, tapi komisen tu dah nampak melalui website rasmi tunetalk-toneexcel. Sudah 15 tahun saya menggunakan hp dan topup dah tak terkira, tapi tiada apa-apa point dan komisen saya dapat. So saya seru kawan-kawan yang menggunakan hp,bertukar lah ke simkad toneexcel kerana menggunakan simkad ini betul-betul wow….

Terima Kasih .
Jeffry bin Yitshup
Kudat, Sabah

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Erm. Telebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sifu saya iaitu Tuan Hamka dan juga Tuan Jon Paulus kerana telah memperkenalkan program Toneexcel ini kepada saya. Pada mulanya saya kurang berminat dengan program seperti ini kerana memikirkan susah nak cari orang. Lebih kurang 2 bulan Tuan Jon secara berterusan memujuk saya supaya menyertai program Toneexcel ini sehingga dia membawa Tuan Hamka untuk memberikan penerangan dengan lebih terperinci. Dalam tempoh tersebut, sekali-sekala saya telah membuka website yang diberikan oleh Tuan Jon. Apa yang telah menarik minat saya adalah kosmisyen yang diperolehi oleh Tuan Hamka dalam tempoh 7 bulan. 
Dia telah menyakinkan saya dengan berkata "kau cuba untuk taja 10 orang dalam tempoh 1 tahun dan selepas itu kamu akan dibantu untuk mendapatkan downline dengan kos RM80 sahaja". Akhirnya, dalam keadaan yang masih kurang yakin, saya telah mendaftarkan diri untuk menyertai program ToneExcel ini pada 1/7/12. Bulan pertama saya berjaya menaja 4 orang dan bulan kedua telah 5 orang lagi. Kini 17/9/12 jumlah tajaan saya berjumlah 11 orang. Dalam tempoh tesebut, downline saya pula bertambah kepada 46 orang. Melihat keadaan ini barulah saya faham apa yang dikatakan oleh Tuan Hamka bahawa kamu akan dibantu untuk mendapatkan downline. Bulan pertama saya mendapat komisyen sebanyak RM18.30 dan bulan kedua RM90 lebih. Tajaan bulan pertama RM 80 dan bulan kedua RM 100. Oleh itu, saya mula yakin untuk meneruskan program ini. Saya sering melayari website yang diberikan untuk mendapatkan maklumat dan memahami dengan lebih mendalam tentang program ToneExcel ini.

Saya mendapati program ini sememangnya baik dan mempunyai potensi yang berdaya maju kerana ia mempunyai prospek yang sangat luas. Ia bukan satu produk tapi satu keperluan asas dalam dunia komunikasi yang semakin berkembang pesat. Keadaan ini menjadi inspirasi kepada diri saya untuk terus berusaha mengembangkan program ini supaya dapat mencapai komisyen yang lebih lagi pada masa akan datang.

Sesiapa yang belum menyertai program ini, sertailah sekarang. Kita tidak rugi apapun kerana kos permulaannya hanya RM80. Cubalah.... KITA TAK CAKAP, ORANG TAK TAHU. KITA TAK JELASKAN, ORANG TAK FAHAM. KITA TAK AJAK, ORANG TAK IKUT. FIKIR-FIKIRKANLAH. KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI? INI KALILAH. MALATOP!!!!!!!!!!!!!!!

Terima Kasih .
CHENG FOOK MIN
KOTA KINABALU, SABAH

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

ermm Dulu.....
Saya tidak yakin dengan program seperti ini. Tidak berkeyakinan untuk menjalankan program seperti ini. Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan berkaitan dgn program ni, dan sedih, tidak pernah dapat duit seperti apa yg saya dapat dengan program tone excel ini....

Kini, saya dengan tunjuk ajar leader2 yang sentiasa membantu dan tidak kedekut ilmu. Saya banyak belajar bagaimana untuk berniaga. Saya telah memasuki alam lain yg tidak pernah saya bayangkan, keyakinan semakin bertambah, semangat sentiasa berkobar2, dan paling best dapat DUIT, modal rendah, hanya RM80. Apa la sangat RM80 tu jika nak dibandingkan dengan pendapatan yg diperolehi, bisnes ni simple dan mudah, tidak susah untuk dijalankan, dengan syarat, kita mesti benar2 faham akan keseluruhan mengenai bisnes nie....
Yg seronoknya baru sehari saya join, saya borak2 dengan rakan sepejabat saya, tanpa bantuan apa2 bahan rujukan dan dengan hanya penjelasan yg saya rasa masih kurang menarik, rakan saya berminat dan terus mendaftar, dalam hati saya berkata WOW, hebatnya bisnes ni, ia telah membuka mata saya dan saya tidak tunggu lama untuk mengkaji dan belajar semua mengenai program ini. Alhamdulillah, disamping kerja yg sangat sibuk, hanya dalam masa 8 hari saya dah memperolehi 4 org downline..WOW.. dah balik modal. dan untung lagi.. seronoknya... Bagi saya, inilah perniagaan yang sangat mudah dan simple. Simkad digunakan oleh semua org malah kanak2 umur 9thn da mempunyai hp, so prospek sangat luas, tiada alasan untuk tidak berjaya, hanya org yng malas sahaja yang akan sentiasa berusaha mencari alasan.

Kini, baru sebulan lebih saya dah memperolehi 3 angka, erm sedikit, tapi saya yakin ianya akan bertambah lagi dari masa ke semasa. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana memberi saya peluang untuk mengenali program ini. So apa tunggu lagi.. jom bersama2 kita mengejar impian hidup. Ingat, tidak ada duit jatuh dari langit, anda yg menentukan bagaimana ingin mencari sesuap nasi, sama ada dengan cara membanting tulang 24jam sehari atau pun dengan cara mudah seperti di tone excel ini....
JGN SAMPAI ANDA DIAJAK OLEH RAKAN ANDA.. ALANGKAH BAIKNYA SEKIRANYA ANDA YANG MENGAJAK MEREKA....

Terima Kasih .
SULAIMAN BIN ISMAIL
KUALA LUMPUR

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Salam sejathara dan salam perkenalaan dari saya. Kata orang”tak kenal maka tak cinta ”ketika saya baru dikenalkan oleh seorang kawan member tunetalk (cikgu Handry) pada27/6/2012, saya merasa serba salah antara ikut dan tidak pelawaannya memandangkan saya tidak ada pengalaman langsung mengenai prudok jualan langsung tunetalk/toneexcel ini. Ditambah lagi kakak ini kurang arif menggunakan computer.

    Saya bersyukur meskipun baru 2 bulan lebih saya menjadi member tunetalk, saya nampak masa depan yang jelas kerana penggunaan handpone yang sangat luas bahkan menjadi satu alat keperluan/kemestian di masa ini.
Saya tiada pekerjaan (surirumah) jadi saya rebut peluang keemasan ini. Biarpun pada mulanya pendapatan tidaklah setinggi mana namun biarlah kelebihan itu dinilai dari hasil usaha setiap individu kerana tidak semua orang akan ikut cakap kita.

Harapan saya semoga setiap para pengguna handpone perlu sedar bahawa penggunaan handpone yang tidak berdaftar atas nama tunetalk/toneexcel merupakan suatu pembajiran dari wang ringgit kita.

Kata kau, apa peduli, "itu duit saya ba” tapi kalau dicatit pembelian topup setiap bulan melebihi Rm80,cuba jumlahkan kalau sudah 1 tahun?Jadi tepuk dada tanya seleralah. Apaaa???mahal????.Pilihmu Rm80 seumur hidup atau Rm80 sebulan beli topup Kira-kira siapa yang untung…….Lu fikirlah sendiri

Terima Kasih .
ROSNEY PINDAH
KOTA BELUD SABAH

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Program toneexcel ini bukan saja memberikan pendapatan sampingan kepada saya tetapi pendapatan yang betul-betul pasif. Saya sudah berhenti menaja dan tak pernah menjual apa-apa produk pun tapi saya mendapat pendapatan yang semakin bertambah setiap bulan. Macam duit pencen juga. Malah anak saya yang saya daftarkan juga di dalam program ini sudah ada pendapatan pasif dalam akaun banknya setiap bulan. Kalau selama ini susah juga saya mengasingkan sedikit daripada duit gaji saya untuk tabungan masa hadapannya, tetapi kini saya tidak perlu risau lagi kerana di bawah program toneexcel ini anak saya dapat bonus tiap-tiap bulan, macam tabungan untuk dia juga.

Terima kasih toneexcel

Terima Kasih .
WELMAR BIN JARIN
Kota Kinabalu, Sabah

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Bulan 20 July 2010, adalah tarikh saya menyertai WOW Program TuneTalk/ToneExcel ini, maka pada bulan inilah saya perlu berkongsi apa yang saya capai dalam 2 tahun ini dan juga apa tindakan diatas percapaian tersebut, samada ianya baik atau pun buruk.

1) Pendapatan Komisyen: Pada awal-awal dulu, saya buka 3 akaun atas nama saya sendiri, saya susun akaun 1 diatas, akaun 2 dibawah, akaun 3 dibawah sekali, bila saya kembangkan, saya hanya kembangkan di akaun 3 sahaja. Cuma saya pakai 1 simkad sahaja, yang dua lagi saya bagi isteri dan anak saya pakai. Komsiyen pada 20 July 2012 (Cukup-cukup 2 tahun). Bila saya campurkan ketiga-tiga komsiyen tersebut dapat dalam lingkungan RM11,000

2) Keuntungan jualan runcit simkad, dalam lingkungan RM1,500 sebulan
3) Komisyen yang lain dalam lingkungan RM1,000

Maka jumlah kasar pendapatan dalam ToneExcel adalah RMRM13,500. Topup pula, untuk ketiga-tiga akaun tersebut dalam RM400 setiap bulan. Jadi bersih pendapatan dari ToneExcel ini, adalah RM13,000 untuk bulan June 12 sahaja.

4) Motivasi Sendiri: Pada 21hb July 2012, saya telah menghadiahkan diri saya sendiri dengan membelikan sebuah BMW 3-Series secara cash/tunai, tapi bukan baru, 2ndHand sajalah, cuma ianya 100% datang dari komsiyen TuneTalk/ToneExcel ini. Dan saya boleh berkata:

"Inilah hasil Bisnes ToneExcel yang saya buat dalam masa 2 tahun dengan bermodalkan duit sebanyak RM80,
iaitu kereta sebuah BMW cash dan juga pencen sebanyak RM11,000 setiap bulan"


Terima Kasih .
Mazelan Abas
Petaling Jaya, Selangor



Bergambar kenangan dengan Abang Ishak.

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini:

Asalammualaikum dan salam 1 malaysia.
Sudah bermacam-macam bisnes saya buat tapi dengan toneExel saya tidak ragu-ragu dengan imbuhan yg saya terima....walaupun baru 1 bulan lebih saya join (May 2012 hingga Julai 2012)...jadi nasihat saya kepada rakan2 di luar sana jangan buang masa lagi...kerana peluang di depan kita..

Terima kasih kepada kawan saya yg memperkenalkan toneExel kepada saya dan toneExel memang WOW!!!!!!!!!!
Sekali lagi kepada rakan2 di luar sana ayuh kita sama2 menjana pendapatan. Jika rakan-rakan tidak percaya apa yang saya katakan, cubalah dulu dengan hanya membeli kad prepaid Tunetalk-ToneExcel berharga RM80 dan daftar segera sebagai ahli referral ToneExcel sekali seumur hidup. Ianya produk keperluan dan sudah pasti akan memberikan pendapatan seumur hidup kepada anda. KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI, KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI !!!!!!!!!!

Terima Kasih .
ABU BAKAR MAIMIN@MAIDI BIN LANTOG
KENINGAU, SABAH

Testimonial

Apa yang telah saya perolehi selama menyertai program ToneExcel ini.

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia...wow!!!! pada mulanya memang saya tidak yakin dengan program ini. Dua kali rakan saya memperkenalkan program ini....
tapi apa bila saya join dengan program toneExel ini, saya dapati ianya memang berbaloi- baloi. Hari ke hari network saya semakin berkembang dan pendapatan sya pun bertambah.

Jadi jangan la kita lepaskan peluang yg ada ini. Pada rakan-rakan di luar sana mari kita pakat-pakat join toneExel..KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI.
TONEEXEL WOOOOOWWWWWW!!!!!!

Terima Kasih .
EDDY HAMDI BIN AMINUDDIN
KENINGAU, SABAH

Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

Salam sejahtera dan salam 1 malaysia...wow!!!! pada mulanya memang saya tidak berminat dgn program2 sebegini,tp bila di fikirkn tntng tune excel ni bnyk faedah dan ganjaran yg kita blh dapat dlm "WOW" referral Program ini....org kata kita senang org lain pun senang...benda ni boleh dikatakan macam gabungan penggunaan biasa mobile prepaid + referral marketing...its straight foward je & bukan MLM yg main money game.huhuhu....kita pakai postpaid pakai dulu then bayar kemudian but still tak dapat ape gak, kuar duit lagi ader la, Pakai prepaid Tune Talk Tone Excel nih, mmg bayar dulu then pakai kemudian, mmg kuar duit utk beli prepaid but yg membezakan kita adalah yg untung nya, prepaid Tune Talk Tone Excel ni blh jadi penjana income sampingan..promote skali je, ko dapat untung berkali2,...tak ke bijak tu?
kalo kita taknak tukar talian lama ke tune talk or nak aktifkan 2 talian secara terus apa susah...HP dua simkad bnyk kat pasaran...tahun depan duti HP dah abolish lak tu.Tiap2 tahun kos sara hidup meningkat...inilah cara yang mudah dan berpotensi nak mengharungi kos sara hidup secara sampingan(tambahan)... bukan semua orang mampu buat ebook atau join program mengarut kat luar sana sampai beratus2 beribu2 kena bayar....lagipun daripada tiap-tiap bulan topup baik dapat sesuatu daripadanya.

Bila kita perkenalkan (sponsor) orang lain untuk menggunakan Toneexcel WOW ini, kita dapat komisyen setiap kali mereka topup tak kiralah kat mana mereka beli topup tu. Jika sekiranya masa mereka top-up di 7Eleven, dan ketika itu anda sedang tidur di rumah, ini yang dikatakan tidur pun dapat duit. Inilah yang best, kerja sekali pendapatan berulang-ulang kali selagi mereka top-up. Setiap level adalah infiniti, ini bermakna kita boleh sponsor seberapa ramai yang kita mahu pada level pertama. Level ke dua dan ketiga, kita tidak boleh kawal lagi, kalau sahabat kita di level pertama tadi nak sponsor 1000 orang sekali pun, kita tak boleh halang mereka, kita hanya boleh tersenyum sahaja, komisyen masyuk, siapa tak senyum.

by the way... maintain topup Rm30 just utk terus menikmati Insurans percuma sebanyak RM100K wow!!!
komisyen sekrg bila lebih RM30 akan dibank in...janji topup bulanan lebih RM20...siapa xnak amik advantage nih? even remaja pun tiap bulan xdenye topup kurang RM20-30 skrg nih. Renung-renungkan dan semoga berjaya dalam program ini..TERIMA KASIH

Terima Kasih .
MOHD SULHI BIN WAHAB
KUDAT, SABAH

Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

Asalammualaikum dan salam 1 malaysia.
Pesanan dari saya kepada rakan2 diluar sana jadilah pengguna bijak. program ini akan menjanjikan kepada anda semua untuk bebas menggunakan telefon dan menjana pendapatan yang lumayan dan berterusan. program ini adalah yang paling mudah dilakukan walaupun anda tidak mempunyai pengalaman dalam bidang MLM. Bayangkan saja, saya barupun join dalam program ini pada 10.04.2012 iaitu sekitar 2 bulan sahaja dan buat secara free time sudah mempunyai ahli melebihi 300 org. Bukan kah program tune talk toneexcel ini merupakan satu2nya program yang amat mudah dan luar biasa.WOW!!!!!
Oleh itu kepada rakan2 yang belum join dengan program ini jangan lepaskan peluang yang telah terhidang. Daftar segera. Untuk merungkai apa rahsianya boleh berhubung dengan saya.

Terima Kasih .
Sahad Bin Gaffar
KUDAT, SABAH

Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

salam sejahtera..saya join tonexcel pada 02.03.12...selama tempoh ini keahlian dalam jaringan saya sudah melebihi 350 org dan ini merupakan isyarat yang sangat jelas dan membuktikan program rujukan WOW toneexcel ini semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna-pengguna handphone...Modal yang rendah (RM80.00 saja), syarikat yang kukuh, faedah insuran RM100K, pemberian point untuk tebus tiket air asia , cabutan bertuah setiap bulan, income pasif,  dan macam-macam lagi faedah yang menarik dan sukar dilepaskan ...dan yang paling penting produk kita adalah produk keperluan yang mana  kita mesti top up setiap bulan...dan sasaran saya dalam tempoh 1 tahun akan datang saya yakin boleh mencapai tahap bebas kewangan dengan mudah dan senang..insyallah...ikut saja panduan yang diberi oleh sifu kita tuan Mazelan Abas....betullah pesanan orang tua-tua...sikit sikit lama lama jadi bukit....
Ayuh rakan-rakan yang belum join toneexcel....sama ada anda join atau tidak anda tetap top up telefon anda tapi tak ada pulangan melainkan lenyap begitu sahaja....dalam toneexcel..kita sangat gembira sebab kita mengguna telefon... kita dibayar pula.. .luarbiasa...1 love tunetalk toneexcel.....

Terima Kasih .
Yahya @ Yahya Vun Suhaimi
KUDAT, SABAH

Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

Saya dah join macam2 peniagaan  MLM untuk menjana pendapatan, tapi saya gagal untuk bertahan lama, tahu kah tuan kenapa?. Sebab UTAMA masa itu saya tiada GARIS PANDUAN memilih perniagaan MLM yang baik. jika tuan2 masih mencari peluang menjana pendapatan saya sangat-sangat mengalak kan tuan2 join TUNETALK-TONEEXCEL sebabnya ia adalah suatu perniagaan MLM yang sangat baik mengikut GARIS PANDUAN....

Terima Kasih .
SHUKOR SABI
PASIR GUDANG, JOHOR DARUL TAKZIM

Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

Salam dari negeri di bawah bayu.
"WOW" REFERRAL PROGRAM suatu program bisnes yang amat unik dan menarik. 
Mengapa saya katakan sedemikian kerana pada saya program "WOW" tune talk/toneexcel
membawa kepada suatu pemikiran yang luas dan luar biasa, iaitu pemikiran luar kota pemikiran manusia. Cuba kita fikirkan sebagai pengguna dan pembeli pasti kita akan keluarkan wang untuk
mendapatkan barang atau perkhidmatan yang kita nak atau suka.  Tapi dalam program tune talk/toneexcel pengguna akan  dapat pulangan dan manfaat yang amat banyak. 
Dalam kehidupan masyarakat zaman mellinium ini kita harus bijak dan berfikiran diluar kotak, agar setiap apa yang kita guna pakai akan memberi pulangan dan manfaat semula kepada kita, so "WOW" referral Program adalah jawapannya. Pada saya penggunaan top-up hand phone yang selama ini (sebelum 23 April 2012, tarikh keramat saya join tune talk/toneexcel), saya guna pakai hand phone tetapi belum pernah ada pulangan dalam bentuk wang ringgit (bonus 6%, 3% dan 11%), perlindungan  "PA" Insuran percuma, (RM 100,000.00) dan point top up yang boleh diganti dengan tiket kapal terbang. Tidak dinafikan bahawa Di luar sana pelbagai jenis bisnes yang menjanjikan bulan, bintang , matahari dan pelbagai lagi.  Tetapi dalam program "WOW" toneexcel dengan hanya bermodal RM80.00 semuanya adalah realiti dan menggembirakan penggunanya.

Saya menyeru  kepada rakan2 diluar sana yang belum join harus berfikir sebagai pengguna yang bijak dalam setiap ringgit yang kita belanjakan, Kerana program "WOW" toneexcel suatu program yang dapat mengurangkan bebanan kewangan yang kita hadapi setiap masa.

Anda pasti tidak rugi jika dah join tapi  anda akan menyesal jika tak sempat untuk join dalam  "WOW" referral Program ini.


Terima Kasih .
BEN @ MOHD HIDAYAT BIN SALIM
TAMAN FRIENDLY KUDAT, SABAH.
Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

INI KALI LAH....PANTANG LARI KECUALI OPERASI....
PANTANG MENYERAH LUASKAN WILAYAH TUNETALK-TONEEXCEL......
SALAM SEJAHTERA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SEMUA.....SAYA MULA MENYERTAI PROGRAM NI BULAN JANUARI 2012....SAYA AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA SAUDARA BERT KERANA MEMPERKENALKAN PROGRAM NI KEPADA SAYA....MELALUI PROGRAM NI, SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU MERINGANKAN TANGGUNGAN SAYA....PADA SAAT INI 11:56PM BERSAMAAN 20/06/2012, SAYA TELAH MENYERTAI PROGRAM NI LIMA BULAN LEBIH. APA YANG SAYA DAPATI, KOMISYEN SAYA SEMAKIN BERTAMBAH DARI BULAN KE BULAN DAN JUGA NETWORK SAYA BERTAMBAH DARI MASA KE SEMASA....KENAPA......????PERSOALANNYA?????KENAPA BERLAKU SEDEMIKIAN?????????

KERANA INI ADALAH KEPERLUAN ASAS DAN TIDAK SALAH JIKA SAYA KATAKAN
TOP-UP ADALAH BERAS NOMBOR DUA......
JANGAN BUANG MASA DAN BERTINDAK CEPAT...SIAPA CEPAT DIA DAPAT...SIAPA KERJA KERAS, WILAYAHNYA BERTAMBAH LUAS DAN SECARA RIDAK LANGSUNG KOMISYEN PUN BERTAMBAH.....
HIDUP TONEEXCEL-TUNETALK!!!!!


Terima Kasih .
HAMKA BIN MARSALING
KOTA KINABALU SABAH

Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

10 tahun dulu aku asal habis top up kena habiskan duit untuk top up lagi dan lagi.....!
Kini, TUNETALK/TONEEXCEL telah menginsafkan aku untuk berobah cara menggunakan handphone dengan lebih bijaksana..!

Jom pakat-pakat kita ubah cara kita memanfaatkan aset kita yang amat berharga ini...

Jangan kasih lama baa..!



Terima Kasih .
MOHD SOFFIAN ETING ( BRADER LONG)
SANDAKAN SABAH
Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

Program Toneexcel mempunyai ciri-ciri yang menjaga kepentingan pengguna handphone. Ini kerana mempunyai munafaat kepada pengguna terutama:
(1)  Perlindungan Insuran Percuma RM100,000
(2)  Mendapat komisen yang berpanjangan kepada kita sendiri dan downline level kita yang membolehkan seseorang mendapat pencen otomatik RM500, RM1,000, RM5,000 sebulan atau lebih daripada itu. 
(3) Memperolehi point tiket Air Asia kemana-mana distinasi di seluruh dunia.

Memang sayang kalau kita tidak merebut peluang ini. Selama ini kita menggunakan handphone langsung tidak mendapat apa-apa  faedah...Dengan menggunakan simkad toneexcel ini kita mempunyai faedah yang hebat.

Terima Kasih .
MD. YUSHAK SAJARI
Kuala Kubu Bharu, Selangor

Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

Satu-satunya peluang yang mempunyai potensi..
Produk keperluan, Modal rendah, Tiada risiko.Satu-satunya produk keperluan yang boleh dijadikan sebagai perniagaan yang mampu memberi pendapatan berulang dengan hanya sekali kerja. Hanya bertukar  ke line tunetalk.

Memang rugi jika tidak guna simkad ini, Kerana hari2 pun kita guna handphone..
Terima Kasih .
Jeirah Bin Domirin
Penampang , Sabah.

Testimonial

Pandangan saya tentang program ini:

Salam Sejahtera,
Hampir 2 tahun saya menyertai Tunetalk-Toneexcel, saya tidak pernah gagal menerima pendapatan setiap bulan. Pelbagai bisnes saya dah sertai termasuk MLM. Jika bulan ini saya menjana pendapatan, namun bulan berikutnya saya hilang pendapatan apabila saya berhenti menaja. Namun dengan menyertai Tunetalk-Toneexcel saya menjana pendapatan setiap bulan meskipun saya berhenti menaja pada bulan tersebut dan bulan berikutnya. 
Jika rakan-rakan tidak percaya apa yang saya katakan, cubalah dulu dengan hanya membeli kad prepaid Tunetalk-Toneexcel berharga RM80 dan daftar segera sebagai ahli referral Toneexcel sekali seumur hidup. Ianya produk keperluan dan sudah pasti akan memberikan pendapatan seumur hidup kepada anda.

Terima Kasih .
Naharudin Mahzin
Sarikei, Sarawak.

Testimonial

Salam sejahtera,
Sudah bermacam-macam bisnes saya buat termasuk la MLM tak kira samada offline @ online tetapi kebanyaknnya tidak berjaya, tetapi dengan bisnes Tunetalk ini saya nampak bisnesnya Simple, Mudah & Modalnya Rendah yg mana semua orang mampu menyertainya & melakukannya secara sampingan hanya 100% dari rumah, tambahan pulak produknya simkad prepaid/talian prepaid adalah satu produk KEPERLUAN, semua orang di Malaysia yang mana setiap orang yg berumur antara 12 tahun - 65 tahun menggunakannya. Bisnes ini sudah KUKUH berada  di pasaran sejak 2 tahun lepas & pasaran masih lagi LUAS untuk sesiapa yang POSITIF nak mencari pendapatan sampingan dengan menggunakan handphone...Guna handphone anda dengan BIJAK!!!

Terima Kasih .
Zamora @ Zahari Mohd Rais
Johor Bahru, Johor.

Testimonial

        Saya sudah terlibat dengan duit online bisnes ini hampir mencecah 5 tahun. Sebelum ini saya banyak menyertai pelbagai online bisnes.Tetapi satu pun tidak mendatangkan hasil yang di janjikan. Begitulah adat apabila kita menyertai sesuatu online bisnes, adakala untung adakala rugi. Tetapi sejak saya di perkenalkan dengan Refferal Program Tunetalk Toneexcel ini 2 tahun yang  lepas, saya mulai sedar sebenarnya untuk memulakan atau menyertai sesuatu perniagaan di internat kita perlu sedar di mana kemampuan kita seperti adakah kita mampu untuk maintain setiap bulan, adakah kita menggunakan produk tersebut dan bukan bebanan kepada kita dan banyak lagi...

Alhamdulillah Program TUNE TALK TONE EXCEL  ini menjadi pemangkin baru dunia online bisnes di Malaysia.
Belum  ada lagi perniagaan yang cukup menguntungkan setakat ini dengan berbekalkan modal RM 80 dan kadar maintan sebulan cuma RM 20 dengan komisyen yang di perolehi sehingga 11% daripada nilaian top up setiap downline. Cukup lumayan. Jangan lepaskan peluang keEMASan ini. Mulakan langkah pertama dengan menjadi pengguna simkad ini.

Terima Kasih .
Ibrahim Omar
Muadzam Shah, Kuantan, Pahang

Testimonial

     Salam Sejahtera 1Asia. Talian Hp Tunetalk Dalam  TONE EXCEL BUSINESS OPPORTUNITY adalah peluang perniagaan yang sangat2 berpotensi BESAR!!..

Produk Keperluan setiap minit...Semua orang Mampu Buat..Bisnes bermodal paling Rendah .Jika modal setakat RM80 kita tidak mampu buat jangan harap biz lain kita bleh berjaya...Biar bermula dari kecil dahulu. Sebelum ini sya bayar bil HP RM450 sebulan...sekarang sya tak perlu keluarkan duit  utk bayar bil...TONE EXCEL bagi sya pendapatan hari2.
Tahniah kepada semua members dari Kudat,K.Marudu,Pitas,K.Belud, Tuaran, Keningau, Papar, Sandakan, Tawau, Labuan, limbang, Kota Kinabalu..Power Borneo!!!

" Kalau buat, Boleh ke tak Dapat ? Kalau tak buat, tidak akan dapat ? UR CHOICE!!!" Kami sedia membantu...


Terima Kasih .
Bertyhold E Stanis
Kota Kinabalu, Sabah

Testimonial

     Saya selalu lihat pelbagai business pelan dekat luar di Malaysia, tetapi yang saya menyertai berapa saja. Saya pernah jual camera, barang permainan dan sebagainya, tetapi hasilnya tidak banyak. Saya sudah menemui tune talk tone excel semenjak 2 tahun yang lepas, tetapi tidak menyertainya disebabkan masa itu saya menyertai dymium xox, satu prepaid card yang berjalan dalam pasaran. Saya tidak dapat hasil di dymium xox.

Pada tahun ini, bulan march saya ambil masa beberapa hari untuk mengkaji tune talk tone excel ini, sebab saya berasa hairan kenapa se lepas 2 tahun tune talk tone excel ini masih kukuh di Malaysia. Selepas mengkaji, saya mula berkeyakinan dan mula mengambil tindakan register sebagai member tunetalk tone excel.
Setakat ini saya sudah berjaya mendapat 30 lebih downline dalam masa 2 bulan sahaja. Saya amat gembira sebab tidak pernah saya buat business dan mendapat hasil secepat  ini. Terima kasih tune  talk tone excel kerana memperkenalkan peluang perniagaan ini. Saya akan berusaha berterusan untuk mencapai target yang saya tetapkan.

Terima Kasih .
ROSANNE GOH
JOHOR BAHRU, JOHOR