Mengapa Tone Excel?

Mengapa ANDA perlu buat bisnes Tone Excel!

Suka atau tidak, duit merupakan satu keperluan dalam hidup kita hari ini. Kita biasa mendengar pepatah mengatakan "duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit".

Apa kegunaan duit?

Untuk beli makanan, untuk beli atau menyewa tempat untuk kita duduk dan tidur, untuk membeli ilmu dan pelajaran, seperti duit sekolah, ptptn, untuk membeli keselesaan, seperti beli kereta, beli tv, membayar untuk kelangsungan hidup diri sendiri dan keluarga yang kita tanggung dan juga membeli keselesaan selepas kita tiada nanti.

Disebabkan untuk memenuhi keperluan itu, menyebabkan kita terpaksa mencari untuk mendapatkan duit. Ada yang mencari secara baik, ada yang mencari secara jahat, ada yang mencari sekadar keperluan, ada yang mencari untuk mendapat duit yang banyak. Kebanyakkannya ada yang mencari duit sampai mati atau sampai tidak berdaya lagi untuk mencarinya. Ada orang yang mudah dapat duit, tetapi ramai yang rasa payah dapat duit.

Duit boleh menjadi punca orang menjadi lebih baik, tetapi dengan duit juga boleh menyebabkan orang menjadi lebih buruk.

Kemungkinan yang berlaku jika kekurangan duit?

Ada pasangan yang bahagia semasa baru berkahwin, tetapi disebabkan kekurangan duit, mereka sering bertengkar sepanjang hidup bersama.

Ada orang yang hidupnya sering berhutang sepanjang hidup mereka sehinggakan sampai mereka mati masih lagi menanggung hutang yang banyak. Maka mereka akan meninggalkan hutang dengan harapan pewaris mereka mampu untuk menyelesaikannya.

Ada orang yang sudah hidup 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun dan ada yang sepanjang hidup mereka, pagi petang siang dan malam hanya memikirkan bagaimana nak dapatkan duit ini, hingga meragut keseronokkan tujuan hidup dimuka bumi ini.

Ada segelintir yang berjaya mendapatkan duit yang banyak dan sentiasa ada lebihan, tetapi masih ramai hanya hidup kais pagi makan pagi. Ada juga yang sekadar cukup makan sahaja.

Keadaan menjadi lebih teruk, bila harga barangan semakin naik, keperluan lain semakin naik, harga minyak masak semakin melambung, susu anak semakin naik, harga minyak petrol juga naik, nilai duit semakin jatuh, gaji tak naik2 atau naik sikit sahaja. Kepada yang berniaga, pelanggan semakin berkurangan, modal semakin meningkat, ini semua menyebabkan tekanan mendapatkan duit menjadi lebih terdesak. Perniagaan along sahaja yang semakin maju dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Ada juga yang hilang tempat bergantung seperti kematian suami atau kematian bapa. Ada juga yang diberhentikan kerja. Ini menyebabkan ramai diantara kita yang hidup dalam keadaan tertekan dan ada yang terpaksa hidup dalam penipuan sepanjang hayat mereka.

Contoh2 penipuan yang biasa kita alami;

Begitulah tekanan pentingnya duit dalam kehidupan kita hari ini.

Saya bersyukur kepada Allah kerana telah melepasi keadaan perit kerana kesempitan kewangan. Saya dah lalu zaman tiada duit. Saya dah lalu zaman berhutang kesana kemari. Saya dah lalu zaman dipinggirkan oleh saudara mara kerana kemiskinan. Saya dah lalu zaman dikejar bank kerana hutang kredit kad dan hutang pinjaman pribadi. Saya dah lalu zaman kais pagi makan pagi. Saya dah lalu zaman nak pergi kerja hanya mampu naik bas, kereta tak ada, motor pun tak ada. Saya dah lalu zaman hutang kereta atau sewa rumah asyik tertunggak dua tiga bulan. Saya dah lalu zaman makan hati, lihat rakan dan saudara mara semuanya senang dan mampu beli itu dan ini, tetapi kami sekeluarga tidak mampu. Saya dah lalu zaman bila nak naik sekolah atau dekat raya, kepala pening fikir nak cari duit lebih untuk persiapan. Saya dah lalu zaman kesusahan dan kesukaran serba serbi kerana satu benda yang dinamakan DUIT.

Pada Julai 2010, saya dijumpakan dengan satu perniagaan sebagai penjual simkad Tone Excel. Ia kelihatan seperti ala-ala MLM. Saya termasuk salah seorang yang tak suka bisnes style MLM. Waktu itu tiada siapa pernah mendengar tentang Tone Excel atau pun Tune Talk. Tetapi setelah berfikir panjang, akhirnya saya memutuskan untuk menjadi pengguna simkad Tone Excel dan terus menjalankan bisnes ini.

Saya bukan menujukan artikel ini kepada mereka yang sudah ada banyak duit atau yang tidak memerlukan duit lagi atau pun sudah mencukupi apa yang ada. Anda tidak perlu membaca terus artikel ini, kerana anda sudah pun berjaya melepasi ujian tekanan mendapatkan duit. Tahniah kepada anda. Semoga suatu hari nanti ramai diantara kami yang boleh mencapai apa yang anda capai hari ini, InsyaAllah.

Saya tujukan artikel ini, kepada rakan2 yang masih berusaha keras untuk mendapatkan duit, yang merasakan susah untuk dapatkan duit, yang sudah berusaha berbagai-bagai usaha untuk mendapatkan duit, semata2 untuk memenuhi keperluan asas, tetapi masih gagal lagi.

Apa tujuan saya menjalankan bisnes tone excel ini?

Untuk cukup duit untuk meneruskan kehidupan.
Waktu itu saya sering tak cukup duit, jadi sudah terlalu lama pening kepala memikirkan untuk mencukupkan duit bagi memenuhi keperluan asas. Saya perlu melakukan sesuatu untuk mengubah hidup saya dan keluarga saya yang sudah berpuluh tahun dalam kemiskinan dan dibelenggu hutang.

Untuk mengeluarkan diri saya daripada hutang.
Ketika itu hidup saya dililiti hutang yang kadang2 saya fikir tidak akan terbuka sehingga akhir hayat ini.

Saya juga ingin menikmati keindahan dunia ini
Saya juga ingin seperti orang lain untuk memiliki rumah yang cantik dan selesa, ada kereta yang saya idamkan, ada keluarga bahagia, dapat menanggung pelajaran anak2 keperingkat tertinggi, dapat membantu ahli keluarga, rakan2 dan jiran2 yang memerlukan dari segi kewangan. Dapat membantu anak2 yatim dan orang-orang miskin. Dapat mengelakkan saya dari menjadi orang yang hina dan merempat dikemudian hari.

Persediaan jika sesuatu berlaku.
Apa berlaku jika saya meninggal dunia hari ini, atau diberhentikan kerja dengan serta merta, kerana kompani terpaksa buang pekerja contohnya, kompani tutup atau saya diserang penyakit yang membantaskan usaha saya, seperti lumpuh dan kemalangan. Dulu saya takut dan tak pernah berani untuk memikirkannya, kerana kalau difikirkan, saya tahu yang saya tiada jawapannya. Biarkan sahaja perkara itu, kalau terjadi, barulah kita fikirkan apa perlu dilakukan, jika tidak mampu juga, barulah kita salahkan takdir Tuhan. Dah nasib aku macam ni. Dulu aku sihat, aku boleh bekerja, semua orang sayang aku, bila aku sakit, bini pun dah tinggalkan aku. Dah takdir aku macam ni.

Berpulu tahun saya bekerja, bila toleh kebelangan, langsung tiada duit simpanan kecuali EPF. Saya sentiasa kecut perut memikirkan apa akan berlaku kepada isteri dan anak2 jika kematian datang pada saya hari ini. Saya langsung tiada persediaan untuk mereka. Adakah mereka akan merempat selepas ketiadaan saya. Adakah isteri saya akan mengelupur keseorangan mencari duit untuk membesarkan anak2. Kesemua itu tiada jawapan, dan saya berusaha untuk tidak memikirkan perkara tersebut.

Bagaimana saya menjalankan bisnes Tone Excel ini.

Mulai Julai 2010 itu, saya hanya promote Tone Excel ini hanya melalui facebook, email dan sekarang ia lebih mudah lagi bila sudah ada wechat, whatsapp, instagram dan macam-macam lagi. Saya promote lebih daripada 3 kali setiap hari. Selama 2 tahun, saya promote setiap hari, tidak ada satu hari pun yang terlepas daripada promosi saya. Saya tidak mengira, samada ada orang join atau tidak, saya tak kisah, saya hanya promote, promote, promote. Itu sahaja kerja yang saya tahu.

Syukur kepada Tuhan, usaha saya membuahkan hasil. Pada umur saya sekitar 40-an, saya dapat mencapai kesemua tujuan tersebut. Dengan asebab sekeping simkad yang langsung tidak dipandang orang ketika itu. Dengan usaha yang tidak tahu erti penat lelah, saya mendagang kad simkad Tone Excel ini selama 2 tahun kepada orang ramai. Saya telah membuat keputusan yang betul, lebih baik penat 2 tahun dan berjaya menjadi senang daripada penat 20 tahun, tapi hidup tetap masih susah.

Jika anda tidak percaya dengan pendapatan yang saya perolehi sehingga ratusan ribu ringgit setiap bulan sehingga kehari ini, sebenarnya saya sendiri pun tidak percaya pendapatan seperti itu yang menerjah ke bank akaun saya setiap bulan. Buat bisnes jual simkad satu kerja yang paling tiada standard, tetapi disitu rupanya ada Allah meletakkan rezeki yang banyak dan saya bersyukur kerana berjaya mendapatkannya.

Saya ingin belajar bersyukur atas nikmat yang Allah berikan hari ini, tanpa hidayahnya, saya tidak akan mampu merasakan kesemua nikmat yang diberikannya.

Saya berusaha untuk jadi orang berjaya, dan saya sedang menikmati hasil kejayaan tersebut, kerana tiada satu pun nikmat Tuhan yang boleh kita panggil kecil.

Sehingga ke hari ini, saya masih mendapat duit setiap bulan berjumlah ratusan ribu ringgit. Saya sudah menyelesaikan kesemua hutang duit dengan sesiapa yang saya boleh ingat, dan menjalani kehidupan bebas hutang hari ini. Saya tiada hutang kereta, tiada hutang rumah. Malahan saya diberi kekuatan untuk mampu memiliki rumah yang cantik dan kereta yang besar dan cantik, semuanya saya beli secara tunai. Tuhan berikan saya seorang isteri, lima orang anak, dan Tuhan beri kebahagian dalam rumah tangga kami.

Simkad Tone Excel
Salah satu komisyen bulanan yang masih saya terima sehingga ke hari ini.

Simkad Tone Excel
Dengan komisyen bulanan yang saya terima melalui Toneexcel ini saya dapat membiayai kos pembelajaran anak-anak saya tanpa perlu buat pinjaman.

Simkad Tone Excel
Dengan komisyen bulanan yang saya terima dari Toneexcel ini saya dapat bayar IncomeTax/Zakat sepenuhnya.

Simkad Tone Excel
Dengan komisyen bulanan yang saya terima dari Toneexcel ini saya dapat menyediakan peluang pekerjaan pada lebih 20 orang saudara mara, sahabat dan jiran2 saya.

Simkad Tone Excel
Bot di jeti hadapan rumah saya di Pengkalan Chepa Kelantan. Bot, jeti, tanah dan rumah kesemuanya saya beli secara tunai dengan rezeki melalui ToneExcel ini.

Simkad Tone Excel
Rumah yang saya beli di Shah Alam secara tunai dengan rezeki melalui ToneExcel ini.

Simkad Tone Excel
Kereta dan tanah di Negeri Sembilan yang saya beli secara tunai dengan rezeki melalui ToneExcel ini.

Simkad Tone Excel
Melancong ke California, Melbourne, Perth, Singapore, Bandung, Bali, Krabi, Seoul, Beijing bersama keluarga dan sahabat2 ToneExcel.

Saya juga sedang menjalani kehidupan yang penuh dengan kegembiraan, kerana memang benar janji Tuhan. Barang siapa yang melakukan perkara yang mungkin menggembirakan orang lain, samada orang itu gembira atau tidak, kerana itu bukan urusan kita, tetapi kepada orang yang melakukan perkara tersebut, pasti Tuhan anugerahkan kegembiraan dan kelapangan hati.

Saya juga telah membuat persiapan kewangan untuk setiap ahli keluarga saya setelah kematian saya nanti. Saya hanya sekadar merancang dan bersedia, kerana kalau kita gagal bersedia semasa hidup ini, maka bersedialah untuk menempah gagal selepas kita mati.

Mengapa ANDA perlu buat bisnes Tone Excel!

Jadi jika anda masih tercari-cari jalan untuk keluar dari kesusahan mendapatkan duit, saya ingin beri cadangan, buatlah bisnes Tone Excel ini. Berhentilah mencari kelemahan bisnes Tone Excel, berhentilah membanding2kan Tone Excel dengan bisnes lain, kerana tiada satu pun bisnes dalam dunia ini yang sempurna, tetapi asalkan ia terbukti boleh membawa anda keluar dari zaman kesempitan duit, kenapa tidak anda jalankan bisnes tone excel hari ini juga. Lagi lama anda bertangguh, lagi lama anda duduk dalam kegelapan, kesempitan dan keperitan kerana kemiskinan. Fikirkanlah dan bertindaklah. Semoga anda juga berjaya keluar dari masalah duit ini. Wallahuaqlam. Terima Kasih.

Webreplika ini atas karangan Mazelan Abas, dan dibawakan kepada anda oleh:
Nasrin Bin Alias
0194514072 (whatsapp/wechat/sms/call)™
Member IDP: 1380871

Saya ingin berjaya bersama-sama ANDA dalam Tone Excel ini. Hubungi saya segera.

Kembali ke Muka Utama.