Langkah 4 kearah ProjekRM5000: Buat appoitment dan jumpa rakan-rakan seramai mungkin dan terangkan tentang kelebihan tunetalk/toneexcel ini. Anda perlu kembangkan group gerak ini. Siapa target anda, rakan-rakan yang ada email, itulah bakal ahli group gerak anda.

Anda kena jumpa mereka dan ajak mereka sertai program ini. Berikan simkad, ambil duit dan siapkan satu kertas bertulis
"Sila ikuti langkah 1-8 www.toneexcel.biz/?id=xxxxx"
Masukan dalam plastik simkad tersebut dan berikan kepadanya. Itu sahaja.

Target anda cuba dapatkan 50 orang rakan (yang ada email) dalam SETAHUN menjadi direct sponsor anda (Level 1).

Atau lebih mudah target 1 orang 1 minggu, cukup!.

Group ini anda biarkan, tak perlu bantu mereka, tak perlu motivasi mereka, tak perlu buat macam bisnes MLM, biarkan sistem yang akan bantu mereka.

Sebabnya, apa bila mereka ikuti langkah 1-8, sampai sahaja langkah 7, mereka akan masukkan email dan nama untuk subscribe disitu, maka dengan itu, setiap 2 hari sekali selama setahun mereka akan mendapat email yang menerangkan cara-cara untuk berterusan mengembangkan program ini. Mereka akan dilengkap kan dengan macam2 ilmu menjalankan bisnes ini. Kalau selama setahun dididik, dimotivasi, diajar, dilaporkan perkembangan terkini dalam Toneexcel, kalau itu pun tidak boleh menggerakkan mereka menjadi berdikari, tak tau nak cakap apa lagi.

Anda kena keluar dan ajak rakan-rakan anda menyertai program ini, tiada pilihan kedua untuk ini. Jika kita ingin pencen RM5000 dalam masa setahun, ia memerlukan satu kerja yang amat keras, tetapi jika anda sudah mencapainya, ia merupakan pencapaian yang sangat menabjudkan, kerana setahu saya orang lain diluar sana, perlu kerja sehingga 25 tahun untuk mendapat pencapaian tersebut. Itu pun ramai yang tak dapat.

Sekarang anda pilih, kerja keras selama setahun untuk mengubah kehidupan kita untuk jangka masa panjang atau perlu kerja berpuluh tahun lagi, juga dalam jangka masa yang teramat panjang. Tepuk dada tanya selera... apa mau makan hari ini.

Baru sebentar tadi ada seorang sahabat saya talipon dan kami bersembang panjang, dia kata kenapa En Mazelan suruh saya keluar dan cari rakan2 untuk sertai program ini, jadi salesman, saya dah malas cari orang lagi, itu cara kuno, cara offline, kenapa tak guna cara online, kan lebih mudah, tak perlu keluar rumah. Dia bagi cadangan supaya saya berkongsi macamana saya boleh ada direct sponsor hampir 1000 orang tanpa jumpa mereka langsung. Sebab dia dah promote secara online selama hampir enam bulan, tapi cuma ada 2 orang sahaja yang menyertainya. Dia rasa penat tiap-tiap hari promote dalam facebook, dalam twitter, dalam blog, dalam linkedin, malah dia pernah bayar hampir RM300 setiap bulan untuk gunakan google adword (pay per click), tapi hasilnya hampa.

Saya tanya dia berapa orang ramai rakan baik yang dia ada diluar sana dan berapa orang rakan yang dia ada di alam cyber. Dia jawab, rakan2 sekerja + rakan lama + rakan2 sekampung + rakan2 jiran ada dekat 50 orang, manakala friends dalam facebook ada dekat 4,000 orang.

Yalle!! Saya beritahu dia, "Hello Bro" yang 4,000 itu bukan rakan, semuanya atau sebahagian besarnya adalah STRANGER atau "Orang Asing".

RAKAN adalah mereka yang selalu berhubung dengan kita, selalu bersembang, selalu bertanya khabar, selalu call, selalu email, selalu minta tolong, selalu menolong, mungkin dulu pernah duduk serumah, dia kenal kita atau kita kenal dia.

Kalau kita nak ajak STRANGER menyertai bisnes kita, sudah tentu peratusannya sangat kecil, kalau tak percaya, saya pernah sebarkan flier sebanyak 20,000 keping, saya keluarkan modal untuk printing dan saya sebarkan diseluruh Petaling Jaya ini, hasilnya adalah dari 20,000 itu saya dapat respond 5 orang call dan bila saya terangkan dalam handphone, hasilnya, 2 orang sahaja menyertai program ini. 2 X 100/20,000 = 0.01% Itu adalah data. Saya dah habis duit printing berapa banyak, Saya sendiri gagal mencari STRANGER diluar sana. Saya pernah jumpa rakan-rakan baik saya dan terangkan program ini, saya rasa mungkin ada dalam 5 orang sahaja, dan 4 daripadanya sudah pun menyertainya. 4/5 adalah 80%. Itulah peratusan jika kita mengajak RAKAN bukan STRANGER.

Saya sendiri tak pernah berhenti mengiklankan kepada STRANGER di facebook dan social media yang lain selama hampir 2 tahun malah sehingga kehari ini dimana jumlah friends tersebut dalam lingkungan 25,000, (Facebook 5,000 + 5,000 + 5,000 + Twitter 3,000 + Linekdin 3,000 + GooglePlus 3,000) tapi apa hasilnya, saya rasa, lima orang pun tak sampai menyertai program ini. Memang penat tapi saya tak akan berhenti buat promosi. Cuma kena terima hakikat iklan secara online, itulah hasilnya, tak kira siapa yang buat, samada saya atau pun anda, dan sampai sekarang saya masih tiada ilmu berkesan untuk mengajak STRANGER, berbagai ayat-ayat power telah digunakan, tetapi hasilnya sangat tidak berbaloi.

Bukan senang nak dapatkan orang yang menyertai program ini hanya melalui iklan ONLINE seperti facebook dan social media yang lain, kalau senang, sudah berlambak orang menjadi kaya. Betul tak tuan?

Tetapi kenapa saya boleh dapat hampir 1000 orang di Level 1, kerana saya ada RAKAN-RAKAN (bukan STRANGER) didalam internet (AutoResponder) dalam lingkungan 10,000 orang di Malaysia sahaja dan diluar negara dalam 15,000. Itu RAKAN bukan STRANGER. Dan mereka ini menjadi RAKAN saya semenjak 10 tahun yang lalu, dan saya masih berhubung dengan mereka sehingga hari ini.  Saya kumpulkan RAKAN-RAKAN di internet melalui website saya http://automlmanda.ws semenjak 10 tahun yang lalu, maka kesimpulannya "Tiada jalan pintas untuk mendapatkan RAKAN didalam internet".

Anda juga merupakan RAKAN saya, bukan STRANGER ! Bila-bila anda boleh call saya, jangan SMS saya tak pandai nak menaip sangat, hp saya kecil. Sebab apa anda rakan saya, sebab kita masih berhubung sekurang-kurangnya sehingga saat anda membaca artikel ini. Bila kita mula berkenalan? Mungkin pada hari pertama anda subscribe pada Langkah #7 sebulan yang lalu.!

Saya mengajak RAKAN-RAKAN saya menyertai program ini secara OFFLINE melalui INTERNET. Jika anda ramai RAKAN-RAKAN dalam internet (AutoResponder), ajak mereka sertai program ini, terangkan kebaikkannya dan berikan web promosi utama pada mereka, sudah tentu anda tidak perlu keluar rumah kerana ramai RAKAN dalam internet, tetapi jika anda tiada lagi RAKAN dalam internet, maka jalan mudah untuk dapatkan pencen RM5000 setiap bulan dalam setahun, sudah tentu dengan menghubungi RAKAN-RAKAN diluar sana dan ajak mereka sertai program ini, peratusannya tinggi untuk mereka sertai program Tunetalk ini. Tapi kalau malas, "Tak dapek den nak menolong eh", "Sik boleh bantu tuh"

Keluarlah dan cari 50 RAKAN anda untuk sertai program TuneTalk/ToneExcel anda, maka anda semakin hampir mencapai ProjekRM5,000.  Sesuatu yang orang malas, malas nak buat, maka mereka tidak perlu mempunyai cita-cita lagi untuk mengubah kehidupan sendiri dan keluarga.

Daripada
Mazelan Abas
0105 23 20 47