Selepas saya keluarkan Langkah #8 dalam web promosi utama (Projek: RM5000 dalam setahun), saya dihujani banyak panggilan talipon, dan sebahagian besarnya adalah mereka yang pernah dan berhenti menjalankan bisnes toneexcel ini, mereka datang semula dan bercadang untukmenyertai semula program ini.  Diantara luahan perasaan yang saya terima, adalah cerita susahnya menjalankan perniagaan ini, ada yang promote setiap hari dalam facebook, dah hampir bertahun lamanya, tetap tak dapat down line. Ada yang service center meminta saya tolong belikan simkad mereka, jual setengah harga pun tak apa, dan macam-macam lagi.

Ada seorang tu, talipon saya cerita betapa susahnya buat program ini, saya pun tanya dia, tuan pakai simkad apa sekarang, dia jawap, digi, kenapa pakai digi, sebab saya dah lama pakai simkad tersebut, murah sikit, sebab ramai dah tahu no tersebut dan macam2 lagi pujiannya.

Saya berikan pendapat saya, contohnyalah, tuan telah berkahwin, dan ada seorang isteri, bila saya tanya tuan, siapakah wanita yang tuan sanjungi, sekiranya tuan jawab macam ni "Saya sanjung juga isteri saya, tapi sebenarnya saya menyanjungi seorang wanita ditempat kerja saya, kerana dia tu sebenarnya makwe saya dahulu, kami dah lama kenal, dia tu baik hati, cantik, berbudi pekerja, pandai jaga hati saya, bla bla bla bla....cuma jodoh kami tiada"

Agak2 andalah, sekiranya isteri anda dengar, apa perasaan dia. Hancur luluh hatinya. Sebelum ini tuan berkahwin dengan TuneTalk, tapi tuan duk puji Digi, saya kata padanya, tuan tak setia padanya, rumah tangga akan retak menanti belah sahaja. Mana yang baik tuan ambil pada tunetalk, tapi bila tak bagus tuan tinggalkan dan cari yang lain. Sampai bila perkahwinan tersebut tak bahagia. Sebab itu tuan tidak boleh hidup bersama dengan TuneTalk. dan sebab itu lah tuan tidak berjaya dalam tunetalk.

Sebab itu dalam langkah 8, saya sangat tekankan yang kita pakai single line sahaja, gunakan tunetalk, jangan guna yang lain jika anda ingin berjaya dalam program ini. Setia pada isteri anda, barulah isteri anda sanggup berkongsi kebahagiaan bersama. Kalau dulu, topup pada digi RM100 setiap bulan, maka dalam tunetalk ini pun kita kena topup RM100.

Hanya kepada sesiapa sahaja yang yakin dengan produknya sendiri, akan berjaya untuk memasarkannya.... Mazelan Abas

Dulu pernah saya terjumpa dengan seorang yang mengadu perniagaan keropok lekornya tak berapa laku, saya tanya apa pendapat dia dan keluarganya pada keropok lekor keluaran sendiri, dia jawab kami sekeluarga tak makan keropok lekor. Saya tersenyum dan terus berlalu, buang masa nak bincangkan perkara tersebut. Ada ke masuk akal dia jual dan buat sendiri keropok lekor, tapi dia sekeluarga tak makan keropok lekor. Betul2 buang masa saya. Macam itu juga kita, kita nak berniaga dan nak memasarkan TuneTalk, tetapi kita tak yakin pada tunetalk, iaitu produk kita sendiri, dan ia bukan menjadi line keperluan kita, yang lebih teruk, kita gunakan telco yang lain, puji telco lain lebih murah, banyak kelebihan, lepas tu kita mengeluh tak boleh berjaya dalam TuneTalk. Kelebihan lain yang terlalu banyak dalam TuneTalk langsung tidak kita hargai... susah lo....

Langkah kedua untuk menuju kearah ProjekRM5000 setiap bulan dalam setahun, adalah jadikan TuneTalk line keutamaan anda, dan ada telah memulakan langkah kedua pada arah yang betul.


Daripada
Mazelan Abas
0105 23 20 47