Salam sejahtera rakan-rakan semua.

Beberapa hari yang lalu ada seorang rakan saya bercerita cara dia kembangkan toneexcel peringkat awal, salah satu caranya adalah dengan menyebarkan flyer didalam surat khabar dan juga buat style along, masukkan flyer kedalam tong-tong surat diserata kawasan.

Cuma yang paling sedih, berpuluh ribu flyer yang disebarkan, hanya dapat satu atau dua call sahaja, itu pun mereka tetap tak join, habis duit sahaja.

Tapi akhirnya dia jumpa satu cara sebarkan flyer yang dapat respond tinggi. Ini rahsia dia yang dia benarkan saya berkongsi ramai-ramai.

Dia buat satu surat jemputan, dia masukkan dalam sampul putih 4x9, gam atau seal kan, dan baru sebarkan dalam pos box rumah ke rumah. Dia dapat respond hampir 50%.... wow betul ke? Itu cakap dia, saya tak pasti, pasal saya tak pernah buat.

Tapi bila fikir logik, memang logik, sebab kalau sebarkan flyer macam tu, kalau kita pun, bila buka pos box, jumpa macam2 flyer, biasanya buang saje, tapi kalau jumpa sampul surat, sure bawak balik rumah dan buka... memang logik.

Jadi kalau ada sesiapa nak cuba cara ini, saya dah siapkan surat jemputan, tinggal edit sahaja dan buat perkara yang sama.



Daripada
Mazelan Abas
0105 23 20 47