Salam sejahtera rakan-rakan semua.

Ada rakan-rakan yang tanya saya, macamana En Mazelan terangkan kepada orang lain jika berjumpa di kedai kopi atau jumpa one to one?

Saya kata, saya biasanya sembang perkara lain dahulu. Seperti bertanya dia kerja apa, tinggal dimana, waktu cuti suka buat apa, dan macam2 lagi sembang mengenai "dia".

Dalam sembang2 tersebut, tidak sesekali saya bangkang cakap dia, tidak sesekali saya komen negatif pada perkara yang dia suka. Ini pantang larang saya.

Waktu itu saya lebih banyak mendengar, dan jika saya buka mulut, saya hanya puji dia sahaja, seperti..

memang hebat tuan ni...
dasyat tu tuan ni....
bagus kerja tu...
apa yang tuan buat tu, jarang orang lain boleh buat tuan....
mesti tuan level tinggi di ofis ni....
dan sewaktu dengannya.

Apabila dia buka mulut sahaja tanya, tuan kerja apa?
Saya akan jawab, bisnes kecil-kecil tuan, yang dapat untung sepuluh sen, dua pulus sen sahaja, nak kerja tinggi di ofis, kelayakkan tak tinggi tuan, jadi dalam beberapa tahun ini, saya buat bisnes kecil2 dari rumah sahaja, lepaslah duit susu anak, duit rumah, duit kereta, duit sekolah budak2, duit rokok saya dan simpan sikit, maklumlah tiada KWSP.

Bila dia minta terangkan lebih lanjut, saya akan kata?
Jangan macam tu tuan, malu saya nak terangkan pada orang hebat macam tuan ni, kerja kat rumah ni taraf dia orang macam saya saje, pelajaran tak tinggi.

Jika dia berminat juga, maka saya ambilkan flyer dan terangkan kelebihannya sahaja. Selepas itu tinggalkan flyer tersebut kepada dia untuk dia bawa balik dan fikir.

Itu sahaja.

Terima kasih kembali.


Daripada
Mazelan Abas
0105 23 20 47