Website ini dibawakan oleh  MOHD SOFFIAN BIN ETING  Tel:0128261026 
| Home | Beli-SimKad | Aktif-Simkad | Soal/Jawab | Hubungi | Testimonial | Berita | List Agen | Upgrade | Video | Login |

Muka Surat | 1 | 2 |
Ruangan Soal Jawab.
Jika anda mempunyai soalan-soalan mengenai program ini, anda boleh hantarkan ke email mazelan.abas@gmail.com atau SMS ke 0105232047 dan kami akan cuba jawab secepat mungkin di ruangan ini
.
___________________________________________________________________________
Soal Jawab mengenai program ToneExcel-Tunetalk

Muka Surat 1

SOALAN: Bagaimana Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini?
Kerja anda hanyalah menjual SIMKAD handphone ToneExcel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk ) kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari toneexcel.

SOALAN: Berapa harga sekeping SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini?
Harganya sekeping RM95.40 ( yang mengandungi kredit/air time sebanyak RM30)




SOALAN: Apakah service provider yang digunakan?
Toneexcel menggunakan service provider TuneTalk, dan tunetalk menggunakan prasarana Celcom.

SOALAN: Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan?
Dari 28 sen panggilan seminit dan 10 sen sekali sms.

SOALAN: Dimanakah boleh top-up prepaid ini?
Anda boleh top-up prepaid tunetalk di seluruh Malaysia (termasuk Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang menggunakan e-pay, sebahagian besar kedai yang menjual prepaid, maybank2u, cimbclick, dan banyak lagi.





SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid Tunetalk-ToneExcel ini?
Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), point tersebut juga boleh ditukarkan kepada airtime atau handphone dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus, dan juga kita dibayar komisyen sebanyak 6% untuk Level 1 yang topup, 3% untuk Level 2 yang topup dan
11% untuk Level 3 yang topup

SOALAN: Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya?
Untuk bonus fast track, jika kita sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan dibank in dalam akaun anda pada hujung bulan, jika kita sponsor rakan dari 16-31 hb, bonus akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11 hb depan.
Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa untuk bulan hadapan.

SOALAN: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30

SOALAN: Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.

SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dah bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.

SOALAN: Dimanakah nak dapatkan SIMKAD ini?
Sila rujuk di BeliSimkad pada menu diatas.

SOALAN: Bagaimana dengan signal Tunetalk ini?
Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line tunetalk juga baik.

SOALAN: Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini?
Dapatkan kan SIMKAD ini terlebih dahulu dan selepas itu, aktikan SIMKAD tersebut dan daftar didalam perniagaan ini. Ikuti Langkah 1 hingga 3 di  HOME

SOALAN: Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama.
Sila klik di Daftar
pada menu diatas.

SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga sebelum ini mereka membayar bil/prepaid talipon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian tunetalk ini. Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, cerita kan peluang ini dan ajak mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.

SOALAN:Bagaimana cara saya ingin menaja orang lain?
Lihat di Daftar
pada menu diatas.

SOALAN: Bagaimana cara promosi perniagaan ini?
Terangkan kepada rakan-rakan anda peluang perniagaan ini.


SOALAN: Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya mengembangkannya secara online?
Anda boleh memohon untuk memiliki website promosi secara PERCUMA.
Lihat di Langkah 3

SOALAN:
Bagaimana untuk mendapat berita-berita terkini dan tip-tip promosi perniagaan?
Anda hanya perlu berikan nama dan email diborang dibawah ini dan kami akan menghantar laporan, berita dan juga tip-tip terbaru untuk mengembangkan perniagaan ini.
Name
Email

SOALAN: Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance Kemalangan ini?
Sila rujuk disini.
http://www.tunetalk.com/my/services/insurance

http://www.tunetalk.com/my/services/insurancepolicy
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancefaq


SOALAN: Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD Tunetalk-ToneExcel saya yang baru?
Boleh. Lihat di Daftar pada menu diatas.

SOALAN: Saya tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan perniagaan ini?
Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS.


SOALAN: Saya pergi kekedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM80?
Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.

Manakala kedua adalah Simkad Tunetalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM90 
dan calling ratenya 28 sen seminit dan 10 sen SMS tetapi ada referral program, . kalau promote pada orang lain dapat komisyen. Dan simkad ini tiada dijual dikedai-kedai talipon, hanya boleh didapati daripada main office di Sri Petaling atau mana-mana service centre yang dilantik oleh Toneexcel. Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.

SOALAN: Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 32 sen panggilan seminit?
Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 28sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah. Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.

SOALAN: Boleh lihat bukti pendapatan admin didalam program ini?
Kami mula menyertai program ini pada 15-7-2010 dan ini hasilnya yang toneexcel memasukan komisyen kepada kami terus kedalam bank akaun.


Sekarang cuba bayangkan jika anda melakukan perniagaan ini secara berterusan dan konsisten selama 2 tahun, maka tidak hairanlah jika kita  memperolehi pendapatan melebih RM30,000 - RM40,000 sebulan. Walau pun pada masa itu anda stop mempromosikannya, pasti komisyen anda tidak akan stop mengalir ke akaun bank anda kerana orang tetap topup dan menggunakan hp. Dan ia bukan satu perkara mustahil untuk anda mencapainya.

SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

SOALAN: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, mereka kena selesaikan bil-bil tertunggak dahulu dan selepas itu buat macam biasa.
Lihat di Daftar pada menu diatas.


Sila lihat soal-jawab di muka surat 2 pula, klik di atas.


| Home | Beli-SimKad | Aktif-Simkad | Soal/Jawab | Hubungi | Testimonial | Berita | List Agen | Upgrade | Video | Login |