Website ini dibawakan oleh  MOHD SOFFIAN BIN ETING  Tel:0128261026 
| Home | Beli-SimKad | Aktif-Simkad | Soal/Jawab | Hubungi | Testimonial | Berita | List Agen | Upgrade | Video | Login |
Berita Perkembangan Biz WOW Referral Program
Muka Surat 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7

Berita Mengenai Tunetalk-ToneExcel
Muka Surat 6
Ahad 26/1/2014
Selamat sejahtera kepada semua.

Update perkembangan dan perancangan 2014:

1. Pertandingan "Kekal No Lama"
Sesiapa yang kekal no lama (buat port in) dari telco lain ke toneexcel dari 1/1/14 hingga 31/12/14 dan minimum jumlah topup keseluruhan dalam setahun adalah RM300, maka nama mereka layak dalam cabutan bertuah yang akan diadakan besar kemungkinan pada January 2015.

Hadiah Pertama : Proton Preve 1.6 Auto
Hadiah Kedua : Proton Persona 1.6 Auto
Hadiah Ketiga : Motorsikal SYM 200CC
Hadiah Saguhati : 10 unit 16Gb Ipad-Wifi Model.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda adalah pemenang cabutan bertuah tersebut, maka penaja anda secara automatik akan memenangi hadiah dibawah ini. Hadiah untuk penaja pemenang diatas adalah:

Hadiah Pertama : Cash sebanyak RM 25,000.00
Hadiah Kedua : Cash sebanyak RM 15,000.00
Hadiah Ketiga : Cash sebanyak RM 5,000.00
Hadiah Saguhati : 10 Cash sebanyak RM 1,000.00

Jadi jika anda menaja rakan2 baru, jangan lupa untuk menerangkan kelebihan jika mereka mengekalkan no lama dan peluang untuk memenangi cabutan bertuah ini. Tapi ingat, jangan paksa sesiapa pun untuk mengekalkan no lama, cuma terangkan peluang ini sahaja.

2. Bila topup dapat extra kredit.
Mulai 10.1.2014 sehingga kesuatu tarikh yang akan diberitahu, jika anda
topup RM30 dapat kredit RM40
topup RM50 dapat kredit RM70

Siapa nak bagi banyak ni, puas untuk anda bersembang dengan tunetalk, dan mendapat lebih nilai kredit. Bolehlah kita share kelebihan toneexcel ini kepada lebih ramai orang lain.

3. Sendiri topup, pun dapat komisyen - Cash Back.
Mulai 1.3.2014 kita sendiri topup dapat komsiyen sebanyak 3% yang akan dibank in kan setiap 21hb. Yang ini tak pernah mana2 kompany telco dalam dunia buat, anda topup kredit, 21hb depannya anda dapat cash sebanyak 3% yang akan dimasukkan kedalam bank anda. Tahniah ToneExcel !


4. Placement dalam geneology tidak boleh diubah.
Mulai 24/1/2, placement didalam geonology tidak boleh diubah lagi. Maksudnya kalau kita tersalah IDP semasa pendaftaran, maka ia tidak akan boleh diubah lagi. Kalau masih mahu downline tersebut register bawah kita, maknanya kena beli simkad lagi satu lah jawabnya dan register semula.


5. Update dari DEC
Mulai 1/1/2014 waktu DEC beroperasi adalah seperti berikut:

Waktu yang boleh anda SMS pendaftaran rakan baru adalah :
Bila-bila masa sahaja.

Waktu Pendaftaran di registerkan (key in):
Setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
* Purata yang di daftarkan pada bulan Jan 2014 adalah 1,380 pendaftaran dalam sehari.
* Purata pendaftaran yang salah, (tanpa no simkad, tanpa IC, tanpa alamat, tanpa no IDP) adalah 320 SMS setiap hari.
* Purata menghantar SMS lebih dari sekali adalah 285 sehari.

Waktu Menjawab panggilan talipon.
Hari Isnin - Jumaat dari jam 10 pagi - 6 petang.
Hari Sabtu - dari jam 10 pagi - 2 petang.
Hari Ahad dan Public Holiday - Off phone. Jangan call DEC, confirm tak jawab.

Talian yang dibuka untuk pertanyaan adalah:
03-7770 9183
01115 08 1515
01115 09 1515
01115 12 1515
01115 13 1515
01115 14 1515

* Peringatan: Pertanyaan yang sepatutnya diajukan kepada DEC hanyalah berkenaan dengan pendaftaran sahaja. Ini contoh2 soalan yang akan dilayan secepat mungkin. Seperti:
a. No simkad adalah 80XXXXXX, tolong checkkan samada DEC ada terima atau tidak, sebab saya hantar lama tapi tiada reply.

b. No simkad saya adalah 80XXXXXX, minta tolong checkkan kenapa port in saya tak berjaya.

* Peringatan: Pertanyaan yang tak sepatutnya di tanya kepada DEC.
a. Ini DEC ke, tolong checkkan komisyen saya kenapa tak masuk.
b. Tolong betulkan IC pendaftaran saya, semalam saya salah bagikan IC.
c. Ini DEC, kenapa saya cal HQ banyak kali tak dapat?
d. Saya buat port in, tapi tak kekal, awak kata salah IC tak sama, kenapa DEC tak boleh betul kan dekat telco lama saya ke, bagi sama?
e. DEC ni makan gaji buta ke? saya hantar pendataran 12.30 mlm tadi, sampai pagi ni tak registerkan lagi?

* Data statistik untuk bulan January 2014 (sehingga 24.1.2014 - Jumaat)
a. Purata panggilan talipon yang diterima oleh DEC adalah 690 panggilan sehari.
b. Purata pertanyaan yang tiada sangkut paut dengan DEC adalah 550

Panggilan-panggilan seperti ini, dan SMS pendaftaran yang tidak lengkap merupakan penyebab pendaftaran menjadi lambat. Kerana staff DEC (seramai 15 orang), merekalah yang nak key in, mereka lah yang nak check dan tapis samaada SMS anda betul atau tidak, ikut format SMS atau tidak, dan merekalah yang nak jawab talipon dan menyelesaikan masalah pendaftaran anda.

6.  Sistem check status pendaftaran.
Mulai Mac 2014, saya akan menyiapkan satu sistem dimana anda boleh check status pendaftaran melalui website dan juga melalui SMS. Dengan sistem ini anda tidak perlu lagi nak call DEC untuk mengetahui status pendaftaran anda.

7. Satu bandar satu cawangan ToneExcel.

Pembukaan cawangan2 ToneExcel yang berobjektifkan "Satu bandar satu cawangan" akan disambung semula program penubuhannya pada bulan Febuary 2014.


Sekian Update dari saya.
Mazelan Abas


Khamis 23/1/2014
Selamat sejahtera kepada semua.

Salam sejahtera rakan2 semua,

Semalam (22/1/2014) komisyen topup telah dimasukkan kedalam bank untuk sesiapa yang layak. Semalam juga adalah hari Rabu, dimana malamnya akan diadakan presentation di HQ seperti biasa. Saya pula demam panas, memang rasa tak larat nak ke HQ, hanya makan ubat dan rehat atas katil. Tapi kat sebelah buka laptop dan tengok2 facebook. Bila komisyen dah masuk, walau pun lewat sehari, ramai yang post di FB beritahu komisyen dah bank in. Alhamdulillah, komisyen dah masuk, mesti sebentar lagi berdesup-desup rakan2 update Fb menyatakan kegembiraan komisyen dah masuk.

Oopsss, ia tak jadi kenyataan, mula2 satu, lepas tu dua, lepas tu tiga, lepas tu berdesup-desup rakan2 toneexcel update facebook mereka meluahkan rasa tak puas hati pasal komisyen kurang dari sepatutnya. Lepas tu, bertujai-tujai SMS saya terima bertanyakan perkara yang sama. HQ pun saya rasa menerima terlalu banyak panggilan talipon bertanyakan perkara tersebut, kerananya DEC sampai tak boleh nak buat kerja bertanyakan mengenai komisyen kenapa kurang. DEC pun jadi mangsa. Saya daripada demam terus hilang demam, lepas solat isyak, saya kata pada isteri saya, saya nak ke HQ. Isteri saya pening kepala, kata dia, larat ke?. Saya kata larat tak larat kena pegi, kerana dalam facebook sudah terlalu ramai yang kata bukan2 tentang ToneExcel. Ada sms yang saya terima dan tak sanggup saya nak baca, kata ToneExcel penipu, ada yang kata cepat lah bungkus kalau nak menipu dan macam2 lagi. Kalau orang baru sehari dua join toneexcel ini saya tak kesah sangat, tapi kalau mereka tu orang lama, saya kira dah melampaui batas. Kerana pada kebanyakkan orang, toneexcel ini hanyalah sumber pendapatan sampingan sahaja, tetapi bagi sebahagian lagi, ToneExcel ini merupakan asebab periuk nasi mereka. Tanya Rossane, tanya tuan hamka, tanya tuan slay, tanya sazali, tanya dan tanya dan tanya dan tanya X 200 000 orang yang lain..... mereka ini sangat sayang dan sangat menjaga nama toneexcel sebab mereka adalah ahli keluarga toneexcel. Jadi jika ada perkara yang begini berlaku mereka tidak pernah melatah, mereka sudah masak dengan prinsip toneexcel, yang mana toneexcel tidak sekali-kali akan menipu mereka, jauh sekali mendoakan toneexcel untuk melingkup. Saya sangat terguris dengan SMS yang saya terima tersebut.

Lebih kurang pukul 10 malam saya sampai ke HQ, hanya satu tujuan, saya pasti malam tadi ada orang yang datang dan akan menghentam HQ pasal komisyen ini, yang pasti HQ dengan kedudukannya sebagai HQ akan menjelaskan secara profesional kepada agen yang tak puas hati, tapi saya berbeza, saya pun agen macam orang lain juga, saya tak akan biarkan agen sendiri mengatakan perkara buruk dan kurang beradap terhadap kompany yang menjadi periuk nasi rakan2 kita yang lain. No way. Tapi, alhamdulillah, Founder kita Mr. Nelson telah pun meluangkan masa dengan beberapa orang leader untuk menjelaskan tentang perkara tersebut. Oleh itu disini saya terangkan mengapa berlakunya kekurang dalam pembayaran komisyen pada bulan ini.

Seperti yang rakan2 kita ketahui, bulan ini, Jan 2014, adalah bulan yang kali pertama kita membayar Bonus tahunan untuk tahun 2013. Jadi management merancang untuk bayar sekali komisyen topup dan bonus tahunan pada 21hb yang lalu. Tetapi apa yang berlaku, dua perkara baru terjadi serentak, pertama, transaction pada bulan Dec13 telah mencecah pada satu tahap yang belum pernah berlaku dalam sejarah toneexcel sebelum ini, jumlah kemasukkan ahli baru adalah 29,248 iaitu sudah hampir 30,000 sebulan. Jumlah ahli toneexcel sehingga kini adalah 255,000 iaitu suku juta ahli. Program seperti ini belum pernah dijalankan oleh mana2 kompany dalam dunia, program seperti ini belum ada mana2 programer dalam dunia buat programingnya, (saya sendiri programer dan saya sudah cuba bawa ramai programer untuk membantu, dalam dan luar negara, kesemuanya takut nak membantu). Jadi bila dua prosessing data dijalankan serentak menggunakan data base yang sama, dan ini kali pertama HQ buat kerana bonus tahunan adalah yang pertama, mana nak tahu, tiba2 sistem crash. Semua culculation tak keluar. No result, terpaksa buat satu-satu, dan dalam masa yang sama nak repair mana2 data yang terjejas. Rakan2, pada 21hb, Mr Nelson, directors dan kebanyakkan staff toneexcel balik rumah pagi kerana nak selesaikan perkara tersebut walau pun dah tahu pasti tak boleh nak selesaikan dalam masa yang suntuk.

Management buat keputusan yang pantas tuan,
1. Bayar komisyen topup berdasarkan pengiraan sistem yang dah tahu ada kesilapan. Bayar dahulu, kalau sepatutnya mereka dapat komisyen 100%, kalau run sistem boleh kira sampai 80% (contohnya), gunakan data tersebut untuk bayar, sebab toneexcel sudah menetapkan komisyen dibayar 21hb plus/minus 2 hari. Sebab Mr Nelson mahu yang agen mesti dapat duit dahulu, walau pun sudah tahu programing kira dalam serba kekurangan. (Crash - nak repair dan nak pakai bukan senang tuan). Jadi jalan apa yang ada sahaja dahulu, dan bayar komisyen pada agen. Sebab nak bayar komisyen lebih 200,000 orang dan berjuta transaction topup setiap hari, tak boleh pakai culculater, tak boleh pakai excel, tak boleh pakai sampoa.

2. Langkah kedua, sebelum CNY management akan run sistem untuk mengira dan membayar bonus tahunan.

3. Selepas selesai pembayaran bonus tahunan, management akan run sekali lagi untuk kira komisyen topup dan bayar kesemua kekurangan yang ada.

4. Management  ada beritahu saya, mana2 yang sudah terlebih bayar, tidak pernah ada dalam sejarah yang toneexcel minta balik atau tolak komisyen bulan seterusnya, maknanya toneexcel tanggung kerugian untuk setiap kesilapan yang berlaku, semata-mata nak bagi agen senang dan dapat komisyen yang lebih.

Jadi kesimpulannya, untuk lama dalam toneexcel ini, kita perlukan kesabaran, cuba saling faham memahami, dan jangan cepat melatah, ia tak baik untuk diri kita sendiri.

Kalau nak faham kesemua situasi diatas, cuba rakan2 bayangkan, sekiranya anda ada seorang anak yang duduk di sebuah kolej, tiap2 bulan anda bank in kan RM500 untuk dia, duit belanja tiap2 bulan. Pada satu bulan, tiba2 anda tak boleh keluar duit kerana perlu update buku lah katakan, sedangkan hari tersebut telah sampai hujung bulan untuk anda bank kan duit untuk anak. Jadi anda buat keputusan, bank in kan apa yang ada sahaja dahulu, takut anak tak makan nanti, takut anak susah nak belanja, nak bayar duit sewa rumah, anda bank in kan dulu RM300, bila dah update buku dan boleh keluar duit nanti, anda akan hantar balance RM200 kemudian. Apa perasaan anda sebagai bapa bila...

1. anak anda dapat RM300, dia terus talipon dan tanya " kenapa bapak bagi RM300 aje, bukan ke bapak tahu bapak kena bagi RM500 tiap2 bulan?"

2. anak dapat RM300, dia terus reply SMS, terima kasih abah kerana beri saya duit. Dia tak tanya pun kenapa short bagi bulan ni.

3. anak dapat RM300, dia terus call bapa dia, "Abah ada masalah kewangan ke? kalau ada abah tak perlu bagi RM300 ni dulu, saya pulangkan bagi abah balik pun tak apa, saya masih ada baki duit yang abah bagi bulan lepas, saya tak mahu abah susah"

Kalau andalah anak tersebut, pilih category anak yang mana anda ingin jadi, kita boleh pilih tindakkan, tetapi kita tidak boleh memilih hasil dari tindakkan tersebut.


Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
Mazelan Abas

Sabtu 16/11/2013
Selamat sejahtera kepada semua.

Sekarang ini perkembangan tunetalk/toneexcel sangat-sangat diluar jangkaan. Setiap minggu semasa BOP (Bussines Oppurtunity Preview) di HQ penuh sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu ingin tahu mengenai perniagaan ini. Seorang demi seorang public figure menyertai perniagaan ini, daripada ahli perniagaan, internet marketer, artis, dato' dan datin, para usahawan dan ramai lagi.

HQ di Sri Petaling ketika ini merupakan satu tempat yang sangat sibuk sewaktu hari bekerja. Dengan empat orang pembantu pelanggan yang perlu melayan keperluan dan kemuskilan 190,000 pengguna toneexcel, memang sukar untuk difikirkan. Disebabkan kenaikkan secara mendadak ini, saya harap anda dan rakan2 yang lain dapat bersabar kerana HQ bertungkus lumus untuk mengendalikan kenaikkan ini, mereka masih lagi berusaha menambah baik proses pendaftaran, mereka berusaha berbagai cara untuk mendapatkan staff-staff baru dan berbagai lagi usaha sedang dijalankan sekarang kearah penambahbaikkan ini. Saya tahu ramai yang komplain call HQ sering tak berjawab, sebenarnya bukan tak jawab, tapi mereka enggage. Jika ada sesiapa yang datang ke HQ diwaktu siang hari, baru mereka sendiri boleh melihat kebenaran kata2 saya ini. Begitu juga dengan Data Entry dan begitu juga dengan TuneTalk sendiri, semua didalam cubaan yang besar ketika ini kerana gelombang baru mula melanda.

Salah satu usaha untuk mengurangkan beban ini, disini saya telah mengemukakan cadang yang telah dipersetujui oleh Founder ToneExcel, dan ini adalah point sebenar kenapa saya menghubungi anda dan rakan2 yang lain menerusi email ini.

Kita merancang ingin membuka Cawangan ToneExcel ditempat-tempat dan dinegeri-negeri yang lain.

Jadi disini saya ingin menawarkan sesiapa diantara rakan2 semua yang berhasrat, berkemampuan dan ingin mengambil resiko untuk membuka Cawangan ToneExcel ditempat anda, membantu mengurangkan kerja HQ kita, sila reply email ini dengan memberikan nama, no hp dan lokasi supaya dapat saya hubungi bagi berbincang perkara ini, apa yang diperlukan dan apa kelebihan yang akan diperolehi. Pada peringkat ini, cadangan awal saya, ingin mengadakan cawangan-cawangan ToneExcel ditempat lain, dimana cawangan tersebut berfungsi sama seperti HQ ToneExcel di Sri Petaling ini. Contohnya, anda ada premis khas untuk dijadikan cawangan toneexcel sahaja, macam lot kedai ke atau lot ruangan office ke, disitu nanti anda akan ada jual simkad, ada jual buku, ada jual flyers, ada jual baju, ada jual bunting, ada segala macam nika borang, borang 3rd party, borang corrective action, ada jual handphone ninetology, ada customer service, ada pekerja yang bekerja office hour setiap hari dari hari isnin sehingga hari jumaat, ada bilik untuk buat talk, ada talk paling kurang seminggu sekali, ada yang tukang bagi ceramah, dan semua keperluan sebagai cawangan toneexcel.

Manakala support pula yang setakat ini boleh saya fikirkan, saya akan berbincang dengan HQ supaya HQ boleh memberi bantuan kewangan contohnya, anda nak buat signboard, sedikit bantuan kewangan setiap bulan selama setahun, supply barangan seperti t-shirt, bunting, fliers, buku, etc.. etc, bantuan training untuk staff anda, dan bantuan/panduan untuk anda berjaya terus didalam program ini.

Jadi prosesnya kearah merealisasikan perkara ini,

1. Memberitahu kepada semua ahli toneexcel untuk perancangan ini. (Email yang saya hantar ini merupakan salah satu gerak kerja pemberitahuan kepada semua , dan ia bermula dengan anda)

2. Saya akan mengumpulkan nama rakan2 yang berminat membuka cawangan toneexcel ini, berdasarkan tempat, keupayaan dan kesediaan untuk membantu HQ dan memberi penerangan lebih lanjut tentang projek ini.

3. Apabila sudah ada senarai pemohon, saya akan serahkan kepada HQ untuk penilaian, contohnya supaya tiada dua cawangan yang duduk rapat-rapat, supaya pemohon benar2 bersedia untuk membantu HQ, manakal HQ pula dapat memberi bantuan berterusan supaya program ini dapat memberikan keputusan "untung-untung" kepada kedua-dua belah pihak untuk satu jangka masa yang amat panjang.

4. Saya akan hubungi rakan2 yang berminat untuk proses bincang2, lawatan ketempat cadangan, memeriksa premis cadangan dll.

5. HQ akan membuat keputusan siapa yang terpilih dan saya akan memberitahunya kemudian.

Jadi jika anda berminat, sila hantar ke email saya dan berikan maklumat yang dikehendaki.


Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
Mazelan Abas
010-5232047
mazelan.abas@gmail.com

p/s: Jika anda ingin mendapatkan maklumat seperti ini terus kedalam email anda, anda boleh subscribe disini. Klik Disini

Sabtu 16/11/2013
Selamat sejahtera kepada semua.

Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan seorang sahabat yang telah buat perniagaan toneexcel ini selama 2 tahun, saya tanya dia komisyen ok ke tidak, dia kata, bolehlah en Mazelan, lepas duit rokok saje le, saya tanya kenapa susah ke buat bisnes ini, dia kata "susah sikit la, saya ni sebenarnya tak berapa reti nak cakap, itu yang susah sikit nak terangkan kat orang tu". Saya kata " tak apalah, nanti kalau ada kelapangan saya bawak tuan pergi jumpa satu group di Klang sana, mereka ini tak berapa pandai cakap, malahan tak boleh cakap langsung, kerana mereka semua bisu, tetapi mereka berjaya kembangkan network terhadapa golongan bisu dan juga golongan tak bisu, saya rasa tuan patut belajar dari mereka yang tak pandai cakap ini, macamana mereka boleh sponsor orang lain"

abang tu pening lalat selama 2 minit, lepas tu dia cakap lagi "susahlah en Mazelan, macamana saya nak belajar dengan dia, jenuh nak tulis atas kertas bila nak tanya soalan", saya pun cakap "sebenarnya tuan, masalah ini sebenarnya bukan soal pandai cakap atau tidak, tetapi soal samada pandai cari alasan atau tidak, tuan pandai cari alasan, mereka yang bisu tadi tu pandai cari penyelesaian."

lepas tu dia pening lalat berminit-minit, mungkin tersedar apa yang saya cakap ada betulnya, atau mungkin dia meluat dengar apa yang saya cakap semuanya tak betul.


Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
Mazelan Abas
010-5232047

Isnin 3/11/2013
Selamat sejahtera kepada semua.
Beberapa video semasa sambutan ulang tahun ke - 3 Tone Excel

Ucapan pembukaan daripada Pengerusi Tone Group.


Testimoni daripada Jutawan Iron Lady Kak Jahlilawati.

Testimoni daripada bakal Jutawan, Tuan Hamka Marsaling.

Testimoni daripada bakal Jutawan, Rosanne Goh.
Testimoni daripada bakal Jutawan, Abang Ishak.

Testimoni daripada saya, minta maaf jika ada yang tersalah bahasa.

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
Mazelan Abas
010-5232047

Isnin 1/7/2013


Selamat sejahtera kepada semua.

Pertandingan Raya/Merdeka

HQ akan mengadakan pertandingan selama 2 bulan, iaitu bulan July dan Ogos 2013, sempena sambutan hari raya dan hari merdeka 2013.

Insentif 1:
Untuk setiap penajaan level pertama anda, insertif RM2 akan diberikan untuk temph 2 bulan ini. Jadi jumlah keseluruhan fast track adalah RM22, cuma insentif RM2 ini akan dibayar bersama komisyen bulanan.

Insentif 2:
Bulan July dan Ogos ini, sesiapa yang sponsor 50 orang akan dihadiahkan handphone pearl mini, 75 akan dihadiahkan Ninetology Tap dan 100 menerima Ninetology Tap2.

Insentif 3:
Cabutan bertuah setiap minggu. Syarat kelayakkan adalah jumlah topup dalam minggu tersebut adalah RM100. Pemenang pertama RM1,000. Kedua RM750 dan Ketiga RM500. Anda berpeluang memenanginya setiap minggu.


Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
Mazelan Abas
010-5232047

Selasa 26/6/2013
Selamat sejahtera kepada semua.

Agenda 1.
HQ akan membuka Booth di Stadium Darol Aman, Alor Setar pada siang 28hb dan 29hb June2013 ini.

Pada malam 28hb kita akan buat talk di The Leverage Mergong, Alor Setar bermula jam 8.30 malam. Kami akan bergerak ke Alor Setar pada 26 hb.

The Leverage Mergong
12, Jalan Lengkok Sari,
Taman Bandar Baru Mergong
05150, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Disini saya ingin memohon bantuan kepada rakan2 yang tinggal berhampiran alor setar, untuk membantu membuat setting di booth kita di Stadium Darol Aman pada 27hb (Khamis) bermula jam 11 pagi. Dan kepada sesiapa yang boleh bantu, nanti 28 dan 29, boleh join sekali di booth kita, dan kalau ada prospek, anda boleh ambil jadi downline anda.

Jika ada sahabat2 yang boleh bantu, sila hubungi saya Mazelan Abas 010-5232047
Baju rasmi pada hari carnival tersebut adalah baju merah yang ada logo toneexcel.

Dan juga saya momohon sahabat-sahabat untuk menjemput anda dan rakan-rakan untuk menghadiri talk tersebut pada malam 28hb nanti.

Agenda 2
28/29/30 hb June 2013 kita ada satu lagi jemputan membuka booth di Stadium Bukit Jalil. Pun sama, kita kekurangan rakan-rakan yang boleh buat setting pada hari tersebut. Jadi saya sudah bincang dengan Abang Ishak, sesiapa yang bantu, bagi mereka hadir pada 28/29/30 dan buatlah cara-cara marketing sendiri, sendiri punya style, kalau anda dapat downline, masukkan dibawah rangkaian anda.

Jika ada sahabat2 yang boleh bantu di bukit jalil ini, sila call abang ishak 010-517 3358
Baju rasmi pada hari carnival tersebut adalah baju merah yang ada logo toneexcel.

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
Mazelan Abas
010-5232047

Dari Meja Admin ToneExcelDotBIZ
| Home | Beli-SimKad | Aktif-Simkad | Soal/Jawab | Hubungi | Testimonial | Berita | List Agen | Upgrade | Video | Login |