Website ini dibawakan oleh  MOHD SOFFIAN BIN ETING  Tel:0128261026 
| Home | Beli-SimKad | Aktif-Simkad | Soal/Jawab | Hubungi | Testimonial | Berita | List Agen | Upgrade | Video | Login |
Berita Perkembangan Biz WOW Referral Program
Muka Surat 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7

Berita Mengenai Tunetalk-ToneExcel
Muka Surat 3
Selasa 12/6/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

Terima kasih tidak terhingga dari saya dan rakan-rakan dari semenanjung diatas kejayaan rakan-rakan di Sabah, kerana menjadikan perjumpaan kita di Kota Kinabalu dan Sandakan sesuatu yang amat tidak dapat dilupakan dan sangat berjaya. Sambutan yang begitu hebat di kedua-dua tempat tersebut mengambarkan bahawa program ini benar-benar membantu kita dari segi kewangan dan ia boleh menjadi program yang terhebat pernah di lahirkan di negara kita. Semoga kita semua akan mendapat faedah berterusan dari program ini. Tahniah sekali lagi.








Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
Mazelan Abas
010-5232047

Selasa 5/6/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

Untuk membantu anda mendapat downline baru dan juga memyembarkan kebaikkan program TuneTalk Tone Excel ini, saya bercadang nak buat ruangan testimonial mengenai program kita ni, anda ada kelapangan bolehlah berikan pandangan tentang program ini.

Data yang saya perlukan adalah:

1) Pandangan saya tentang program ini.
2) Nama penuh
3) Nombor Phone
4) Bandar dan Negeri
5) Web promosi utama anda
6) Gambar.

Hantarkan ke email saya di mazelan.abas@gmail.com

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
Mazelan Abas
010-5232047

Isnin 4/6/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

Tahniah kepada rakan2 di Sabah, mereka telah menganjurkan pertemuan pada hari sabtu yang lalu 2/6 dan disini saya kongsikan gambar-gambar pertemuan mereka.

Sekali lagi Tahniah rakan2 di Sabah.











Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Jumaat 1/6/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

Dimaklumkan, satu road show ke negeri dibawah lindungan bayu telah pun diaturkan. Seperti biasa CEO, Founder dan Directors ToneExcel akan turun padang membantu rakan-rakan kita di Sabah. Kenapa turun ke Sabah? Seperti yang kita semua tahu, di Sabah, tunetalk/toneexcel ini berkembang pada satu tahap di luar jangkaan kerana kehebatan leader-leader yang ada disana. Nama-nama hebat seperti Bert, Hamka Marsaling, Mr Lim, Yusof Mat Bee, SUARIS, Maphindo, Ben@MOHD HIDAYAT, Sahad, juga nama-nama yang sering keluar sebagai penaja seperti ABDUL SYAHRUM, AHMAD BIN SALAM, ALDRIN ARBERT, ALI  SANDIS, ARIF BIN ATOI, HAINUNSIAH OPOH, JAMDIN BIN TALIB, JON BIN PAULUS, JONIS B MORIBAL, JOSEPHINE, JUMARDIN, MASDAR HUSIN, MOHAMAD JAI, MOHAMMAD FARID, MOHD AMIN GAWIS, POINTIN RICHARD, SOFEYANA NORDIANA, SURATI, ZAMLEDEH BIN ZAIM dan ramai lagi yang saya tak tertulis disini.

Disebabkan perkara tersebut, saya yang jarang-jarang ingin berjalan-jalan, tiba-tiba rasa sangat teruja untuk bertemu sahabat-sahabat HEBAT dari Sabah ini, jadi saya sangat berbesar hati dan merendah diri jika dapat bertemu anda semua di Sabah nanti. Jumpa di sana.

District / State : Kota Kinabalu
Venue : Imperial Boutec Hotel Kota Kinabalu
Date : 08 June 2012
Time : 8.30p.m - 10.30p.m
Address : 7th Floor, Block D, Warisan Square, Jalan Tun Fuad Stephens 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Contact : 088-525969

District / State : Sandakan
Venue : Swiss Inn Hotel
Date : 09 June 2012
Time : 8.30p.m - 10.30p.m
Address : HS12 S'kan Harbour Square, 90000 Sandakan, Malaysia
Contact : 089-240888

Jumpa di sana.


Terima Kasih.
Mazelan Abas
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Jumaat 1/6/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

Syukur kepada Tuhan, setelah beberapa lama menjadi Service Center, pada tarikh 21.5.2012 Admin ToneExcelDotBiz (Mazelan Abas) telah upgrade menjadi Branch, semoga usaha ini dapat memajukan diri sendiri dan juga keseluruhan rakan-rakan yang mengusahakan program ini. Maklumat Branch seluruh Malaysia ada disini. Klik Disini
Doakan untuk kejayaan kita semua, dan saya pasti, kepada rakan-rakan yang mengusahakan program ini, asalkan kita konsisten (istiqomah - mempromosikan secara berterusan), tidak mengenal erti putus asa, yakin, percaya dan berbangga pada produk kita sendiri (iaitu simkad tunetalk/toneexcel ini), cepat atau lambat anda akan, sampai ke tempat yang anda hajati.

Itu adalah petua untuk menjalankan apa jua jenis perniagaan. Semoga berjaya.

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Khamis 31/5/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

ToneExcel telah melancarkan web replika mereka dalam bahasa Inggeris, sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya didalam member area masing2, klik di Marketing Tools - Affiliate Page - masukkan email dan betulkan no hp - klik Request. Jadi anda boleh gunakan web promosi dari toneexcel ini untuk membuat promosi.

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Isnin 28/5/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

Pada hari Ahad yang lalu 27.5.12, saya sempat singgah pada hari presentation di Bandar Baru Uda, (dekat restoran remaja, bersebelahan masjid bandar baru uda), dimana salah seorang leader di Johor (Tuan Zamri 011-15318312) mengadakan perjumpaan setiap minggu hari ahad jam 2.30 petang. Maka rasa seronok, dapat jumpa leader2 yang lain seperti, Abang Shukur Sabi, Abu Bakar, Siti Rapiah, Kamarul Ariffin, Zamora, Rossane, dan ramai lagi leader2 yang hebat yang begitu konsisten mempromosikan tunetalk-toneexcel ini. Saya doakan semoga mereka berjaya didalam program ini.




Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047
http://toneexcel.biz

Jumaat 18/5/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

ProjekRM5000: Teknik bagaimana anda boleh menjana pendapatan RM5,000 setiap bulan dalam tempoh setahun, telah saya rumus dan mudahkan untuk anda, jangan tertinggal, langkah demi langkah ada didalam Langkah 8 web utama anda ini, atau anda boleh klik disini:
http://toneexcel.biz/panduan.html

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Khamis 17/5/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

Saya sudah dapat maklumat dari ToneExcel bahawa port in (MNP) atau proses mengekalkan no lama sudah OK. Berjalan seperti biasa. Harap Maklum.

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Rabu 16/5/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat kita ni membantu rakan dia mendaftar didalam program ToneExcel ini, selepas dia registerkan dalam langkah 4, dapat message yang mengatakan kena tunggu 4 jam baru dapat ID, masalahnya rakan dia dah bawa kawan-kawan yang lain nak register terus bawah dia. Maka nak tunggu 4 jam, lama betul mereka nak kena tunggu di kedai kopi tersebut.

Sebenarnya, untuk kes tersebut, penyelesaiannya saya dah berikan, rakan dia tak perlu tunggu dapat ID untuk registerkan kawan-kawan dia yang datang sekali tu. Dia boleh pinjam web utama anda atau sesiapa punya boleh, klik dilangkah 4, jangan hiraukan nama penaja dalam tu, dibawah sekali tu ada borang kosong, yang tertulis:

"Sekiranya anda ingin menggunakan borang pendaftaran yang kosong, dimana anda
ingin mememasukkan data penaja yang lain sila klik di sini"

Disebabkan rakan tu belum dapat ID lagi, masukkan sahaja ID penaja xxxxx, yang lain isikan dengan betul, nanti tahulah saya registerkan bawah rakan tersebut. Apa bila dia dah dapat ID dan sudah ada member area, dia boleh check sendiri didalam genology dia, kawan-kawan tadi dah dimasukkan ke belum.


Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Isnin 14/5/2012
Renungan Hari Ini:

Selamat sejahtera kepada semua.

Semoga sentiasa dalam kegembiraan bersama keluarga.

ToneExcel merupakan satu program yang amat mudah untuk dijalankan, ia mampu menghasilkan pendapatan diluar jangkaan, malah untuk satu jangka masa yang panjang, seolah-olah seperti pencen tetap jadinya. Tapi sebenarnya ramai juga yang buat sekerat jalan, selepas itu datang semula untuk buat program ToneExcel ini.

Ada seorang sahabat saya tu, lagi bagus, dia tak tahu yang sebenarnya dia sudah mendapat komsiyen sebanyak 500 ringgit setiap bulan, tetapi disebabkan dia tak topup simkadnya hampir dua bulan, maka komisyen tersebut terlepas begitu sahaja. Bila saya tunjukkan member areanya dalam statement, dia hanya boleh tepuk dahi sahaja, kerana akaunnya sudah tidak aktif lagi. Kalau nak sertai toneexcel, kena beli simkad baru, dan bina network semula. Kenapalah tidak ambil perhatian langsung, kalau dia topup setiap bulan sebanyak RM20 sekali pun dah memadai untuk dia dapat RM500 tiap-tiap bulan. Siapa nak beri duit sebanyak itu? BR1M dapat sekali sahaja, tetapi ini dapat tiap-tiap bulan, sampai bila-bila, selagi networknya topup. Pencen dia hilang hanya kerana lupa nak topup, what a pety!

Saya tanya pada dia, "Tuan dah ada web promosi utama tak?" Dia kata sudah ada. "Tuan perasan disitu ada langkah 1 sehingga langkah 8?". Dia jawap "Perasan, ada nampak". Saya tanya dia dah lihat kesemua langkah yang ada? Dia jawab "Tak sempat". Saya kata pada dia, kalau tak sempat, maka tak sempat jugalah pencen tersebut masuk ke poket dia.

Rakan-rakan jangan tersilap seperti itu, besar kerugiannya. Penat-penat bina downline peringkat awal, selepas itu ianya hilang begitu saja kerana kesilapan sendiri.

Kepada
rakan-rakan, saya siapkan langkah 1 hingga 8 kerana untuk memudahkan anda berjaya dalam program ini. Petua-petua yang saya berikan disitu bukan datang dari teori atau mana-mana buku yang saya perolehi, tetapi ia dapat daripada susah payah dan jerit perih yang saya lalui untuk membina downline yang sudah mencecah hampir puluhan ribu didalam program toneexcel ini. Saya sudah lihat ramai orang berjaya dan juga ramai orang terlingkup dalam ToneExcel ini. Saya kaji satu persatu kenapa mereka berjaya dan kenapa mereka terlingkup, apabila dapat kesimpulannya, saya mudahkan untuk rakan-rakan mengikutinya, tetapi amat sedih sekali, masih ramai juga yang tak mahu mengikutinya, masih nak cuba jalan sendiri, dan akhirnya gagal untuk mencapai apa-apa dalam program toneexcel ini. Walaupun saya berjaya mendapat income yang amat memuaskan untuk diri saya dalam program ini, tapi kalau anda tak berjaya, ia masih satu kesedihan untuk saya.

Disini saya berikan contoh kesilapan yang sering berlaku.

Ada rakan yang datang nak join semula bisnes ToneExcel ini, saya tanya simkad dulu mana? dia jawap dah hilang, sebab lama tak topup. Sekarang pakai line apa? Dia jawap max**, sebab max** murah sikit katanya.

Sebab itu saya terangkan dalam langkah 8 (ada videonya, harap-harap anda dah melihatnya) kalau nak sertai program ini, sanggup tak nak jadikan line tunetalk sebagai line utama, apa yang perlu dia lakukan adalah samada port in (kekal nombor lama) atau buang terus simkad yang lain, pakai satu line sahaja, kalau tak sanggup jangan sertai bisnes ini, nanti dia yang rugi. Tunetalk kena jadi keperluan, bukan line yang lain. Jika dia ikut pesanan saya ini, pasti tidak timbul masalah yang simkad lama dia dah hilang. Tentu dia akan jaga betul-betul simkad tersebut kerana dia hanya ada satu simkad sahaja. Kalau dulu dia topup max** RM50 setiap bulan, sekarang dia kena topup tunetalk RM50 juga setiap bulan. Jika dia ikut nasihat ini maka tidak timbul masalah terlupa topup, tidak timbul masalah terlepas komisyen RM500. Tidak timbul masalah nak join semula bisnes ini.

Satu lagi masalah atau kesilapan yang sering berlaku.
Buat sekerat jalan, lepas itu hilang entah kemana, bila tanya semula kenapa tak buat lagi, mereka jawab, susahlah En Mazelan, network saya semuanya tak bergerak, semuanya tidor.

Saya nak beritahu puncanya. Apabila upline mendaftarkan downline yang baru, mereka letakkan email upline, sebab peserta baru tak berikan email, atau upline bercadang untuk bantu semua sekali, atau kerana mereka tiada email langsung. Tapi yang sedihnya peserta baru tersebut ada email, tapi upline malas nak masukkan email mereka. Jika kita tidak masukkan email mereka, mereka tidak akan dapat email "Welcome note: Selamat datang ke program ToneExcel ini". Apabila mereka tidak dapat email tersebut, maka mereka tidak tahu nak buat apa dalam program ini, maka mereka akan mula bergantung kepada upline. Kalau ada 10 orang downline mungkin upline tersebut boleh bantu lagi untuk buat semua kerja mereka, tapi kalau network mereka dah mencecah 50 orang, saya rasa upline tersebut mula tak cukup masa untuk bantu kiri dan kanan, akhirnya, upline 'mati' dan downline juga perlahan-lahan akan 'mati'. Seluruh network tersebut akan 'mati'.

Sebab itu saya siapkan langkah #7 supaya mereka boleh subscrine disitu dan saya sendiri dapat charge bateri downline anda selalu, supaya mereka boleh bergerak sendiri tanpa bantuan anda, kalau mereka boleh berdiri, kan network anda juga akan berkembang, kan anda juga yang akan untung besar.

Kenapalah kemudahan yang disediakan tidak digunakan ! Saya sediakan kemudahan tersebut untuk ANDA bukan untuk saya, network saya dah besar, saya mahu anda berjaya.

Satu lagi masalah atau kesilapan yang sering berlaku.
Ada sesorang call saya dan beritahu, En Mazelan, saya ada jumpa satu lagi bisnes dan saya rasa ia lagi bagus lah!
Saya tanya dia tunetalk ni buat lagi tak? Dia kata, saya stop kejap, nak cuba bisnes baru ni. Saya tanya dia lagi, sebelum ni buat bisnes apa? Macam2 lah En Mazelan, monavie, justmate5, 4life, infinity downline, vemma, uptrend, forex, jual insurance, castle trillion, amway, tunetalk, semua saya dah buat, tak boleh jugak, saya rasa yang baru ni mungkin boleh kut.
Saya kata kat dia, kalau buat tunetalk ini tuan gagal, nak dapatkan RM5,000 sebulan pun masih tak dapat, tak payahlah buat benda lain, rasanya akan gagal juga, Tapi kalau tuan berjaya buat tunetalk ini, apa pun bisnes lain tuan buat, tuan akan berjaya. Berhentilah dari buat macam2, tumpukan satu dahulu. Kalau anda dah berjaya dalam satu bisnes, joinlah yang lain pun, anda akan dapati mudah untuk berjaya.


Terima Kasih.
Mazelan Abas
010-5232047

Isnin 14/5/2012
Selamat sejahtera kepada semua.

Saya sudah dapat maklumat dari ToneExcel bahawa port in (MNP) atau proses mengekalkan no lama sudah OK. Berjalan seperti biasa. Harap Maklum.

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Khamis 10/5/2012
Salam sejahtera pada sahabat semua,

Saya mendapat satu email dari ToneExcel meminta kita stop sementara waktu dari membuat Port-In, sehingga diberitahu kelak. Jika ada perkembangan terkini, saya akan beritahu kepada semua, walau bagaimana pun jika anda ingin mencuba juga melakukan port in, ia masih boleh dilakukan, ia mungkin lulus dan mungkin juga gagal, jika permohonan itu gagal, anda boleh mencuba lagi selepas TuneTalk memberikan green light.

 Email yang saya terima adalah seperti dibawah ini.

Dear All, 
Greetings from Tone Excel! 
On behalf of management, I would like to inform you the message from Tune Talk related to the above matter as below:-

Regards,
Lina
Tone Excel Sdn Bhd


Hi Lina
As spoken, the MNP issue involves even Celcom's Port-In request, and as such, we do not have a proper resolution time for now.

I would suggest that we suspend Port-In requests until Jay gives green-light that all is fine at Celcom's side.

Thank you.

Harap maklum.

Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Isnin 7/5/2012
Salam sejahtera pada sahabat semua,

Apa khabar hari ini, semoga sentiasa gembira dalam melakukan kerja harian.

Mengenai tunetalk ini, ramai juga yang bertanya mengenai insuran oriental capital, dan ada juga yang masih tak sedar lagi bahawa tunetalk sudah tidak menggunakan etiqa maybank, mereka menggunakan oriental capital, sebagai insuran service provider.

Untuk maklumat lanjut mengenai insuran ini.

1. Untuk memeriksa kelayakkan anda samada dilindungi atau tidak, klik disini
http://www.tunetalk.com/services/insurance

2. Untuk membaca soal jawab mengenai insuran ini, klik disini
http://www.tunetalk.com/services/insurancefaq

3. Untuk membaca policy wording, seperti apa yang layak untuk claim, apa yang tidak layak dan kesemua syaratnya, klik disini
http://www.tunetalk.com/files/pdf/TUNE_TALK_GPA_POLICY.pdf

4. Download penama atau penerima insuran RM100,000, klik disini. Tetapi jika kita tidak meletakkan penama tersebut maka secara automatik, jika suami akan turun kepada isteri dan sebaliknya.
http://www.tunetalk.com/files/pdf/NOMINATION_FORM_FOR_TUNE_TALK.pdf

5. Download borang PA tuntutan. Klik disini
http://www.tunetalk.com/files/pdf/PA_Claim_Form.pdf

Jika anda mempunyai apa-apa kekeliruan mengenai insuran ini, anda boleh call kepada TuneTalk Claim Customer Service Officer ditalian 03-2070-2828 / 03-2070-8033


Harap maklum.

Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Ahad 6/5/2012
Salam sejahtera pada sahabat semua,

Seorang sahabat kita Abang Ishak telah membantu kita membuat web promosi dalam bahasa Inggeris, jadi sesiapa yang ingin memdapatkan web promosi dalam bahasa inggeris bolehlah lawati http://bizprepaid.com/?id=16097

Harap maklum.

Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Sabtu 17/4/2012
Salam sejahtera pada sahabat semua,

Mulai 11/4/2012 rate panggilan menggunakan simkad TuneTalk/ToneExcel telah diturunkan seperti berikut:

Panggilan 1- 3 minit adalah 32 sen dan 3 minit keatas adalah 26 sen seminit.

Harap maklum.

Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Sabtu 17/4/2012
Tahniah kepada Siti Rapiah


Salam sejahtera semua,
Saya baru dapat perkhabaran gembira sebentar tadi tadi ToneExcel, dua hari lepas kita telah mendaftarkan sehingga 100,000 pengguna simkad TuneTalk/ToneExcel. Dan ToneExcel dengan murah hati telah merancang memberikan kepada PENAJA yang ID direct sponsornya adalah 99999 dan 100000

Shahira Binti Mustapa 99999 - (Penaja:Siti Rapiah Binti Anang) - Johor
Ras Adibah Binti Mustapa 100000 - (Penaja:siti rapiah binti anang) - Johor

Tahniah kepada Siti Rapiah Binti Anang dari Johor kerana anda memenangi hadiah untuk kedua-dua ID tersebut.

Hadiah yang di perolehi untuk ID 99999 adalah TopUp sebanyak RM200, manakala untuk ID 100000 Siti Rapiah akan mendapat topup percuma sebanyak RM500.. Tahniah sekali lagi.

Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Sabtu 7/4/2012
Lawatan ToneExcel
Salam sejahtera semua,

Kepada rakan yang tinggal di Johor, jangan lupa ToneExcel akan membuat roadshow di bahagian selatan. Jika berkelapangan bawa rakan-rakan anda sekali untuk mendengar penerangan terus daripada pengarah-pengarah ToneExcel.

Type : Training
District / State : Segamat, Johor
Venue : Mawa De Village
Date : 28 April 2012
Time : 5.00p.m - 7.00p.m
Address : No.13, Jalan Utama 2/4, Bandar Utama, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
Contact : 017-7993028
Fee : Free

Type : Roadshow
District / State : Segamat, Johor
Venue : Mawa De Village
Date : 28 April 2012
Time : 8.30p.m - 11.00p.m
Address : No.13, Jalan Utama 2/4, Bandar Utama, 85000 Segamat, Johor, Malaysia
Contact : 017-7993028
Fee : Free

Type : Roadshow
District / State : Batu Pahat, Johor
Venue : Hotel Novo Park
Date : 29 April 2012
Time : 8.30p.m - 11.00p.m
Address : Jalan Zabidah, Batu Pahat, Johor, Malaysia
Contact : 010-7971943 / 017-7993028
Fee : Free

Ahad 25/3/2012
Renungan bersama.
Salam sejahtera semua,

Beberapa hari lepas saya secara kebetulan, saya berjumpa seorang rakan yang sama-sama menjalankan program Toneexcel ini di sebuah kedai kopi. Kami pun rancak bersembang dan bertukar-tukar pengalaman semasa menjalankan perniagaan ini. Tetapi saya lebih banyak mendengar dari mengutarakan pendapat. Disebabkan ada sesuatu yang menarik perhatian, saya mendengar ceritanya dan saya rasa ingin berkongsi dengan anda.

Dia sudah hampir setahun di dalam TuneTalk/ToneExcel ini dan masih bekerja di salah sebuah agensi swasta dan menjalankan program ini secara sambilan sahaja. Saya tanya dia, "Sekarang ini, berapa banyak komisyen yang abang dapat setiap bulan?". Dia jawab "Tak banyak, dalam lingkungan RM1,200 kadang-kadang cecah RM1,300 setiap bulan". Saya kata banyak tu, dah jadi duit pencen, sebab setiap bulan mereka semua akan topup selagi mereka pakai line tunetalk tersebut. Saya terus bertanya macamana dia buat promosi. Dia jawab, "Saya buat pakai cara kuno sahaja tuan, sebar flyers secara sambilan, kalau saya pergi pasar malam, isteri saya pergi berbelanja, saya sebarkan flyers pada kereta-kereta yang parking disitu, kalau saya pergi ke rumah saudara mara, sebelum balik saya masukkan flyers pada lima enam buah rumah berhampiran, saya edarkan sikit-sikit saja tuan. Kalau saya jalan-jalan, saya nampak rumah flat, saya pergi ke bahagian kotak surat, saya masukkan kesemua kotak surat tersebut. Kalau saya pergi kekedai, saya sebarkan di posbox kedai-kedai yang berhampiran. Kalau saya pergi kedai prepaid kawan saya, saya letakkan sedikit dikedai mereka, itu sahaja kerja saya, tetapi sudah hampir setahun saya buat macam ini tuan"

Wow, saya betul-betul terkejut! Hanya dengan menyebarkan flyer secara kecil2an dan cara sambil2an, sekarang dah boleh dapat gaji RM1,300 setiap bulan. Dia beritahu saya, dalam bonet keretanya, sentiasa ada flyer. Sesuatu yang menabjudkan! Saya tengok sendiri flyer dia, dia buat sendiri, tak lah cantik sangat, hitam putih sahaja, tetapi sesuatu yang tidak berapa cantik tetapi disulami dengan ketabahan, menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada dirinya. Jadi betulah kata pepatah, consisten, istiqomah, insyaAllah akan membuahkan hasil.

Disini saya buatkan satu flyers yang tak berapa cantik dan simple (tiru-tiru cara sahabat kita tu), kalau anda nak pakai bolehlah print-out, dan buatlah copy banyak2, A4 paper tu boleh bagi dua, jimat sikit, tapi jangan lupa edit dahulu, masukkan website promosi anda dan nama serta no talipon, baru print dan buat copy.
Klik disini utk download.

Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Jumaat 5/3/2012
Renungan bersama.
Selamat sejahtera rakan-rakan semua.

Saya menerima berbagai bagai pandangan dan perkembangan rakan-rakan kita yang menjalankan program ToneExcel ini. Ada yang cerita gembira dan ada juga cerita yang kurang gembira. Cerita gembira antaranya bagaimana salah seorang rakan network kita, yang menggerakkan program ToneExcel diatas nama anaknya selama setahun setengah, dan baru-baru ini dia menyerahkan buku account bank semasa hari jadi anaknya yang ke 19 tahun. Anaknya terkejut kerana ingatkan komisyen yang diperolehi dari program ToneExcel ini hanya RM3,200, tetapi bila bapanya suruh amati betul-betul, baru dia sedar yang jumlahnya adalah RM32,000. Itulah pengorbanan seorang bapa secara senyap-senyap menyediakan bekalan kewangan untuk anaknya ketika dia ingin meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Saya sendiri sangat terharu bila mendengar terus cerita tersebut dari seorang bapa yang sangat merendah diri.

Cerita yang kurang sedap didengar, adalah cerita dari rakan-rakan yang menghadapi kesukaran menjalankan program ToneExcel ini, macam2 alasan yang saya dengar, diantaranya, susah nak menawarkan perkhidmatan ini, kerana calling rate tunetalk mahal, 32 sen seminit. Kenapa tukar insurance dari Etiqa Maybank kepada Oriental Capitol, kan susah kami nak cerita kat orang lain. Komisyen sikit la En Mazelan buat program ToneExcel ini. Maaf En Mazelan, saya dah jumpa bisnes baru lagi best dan macam2 lagi keluhan yang saya dengar.

Saya hanya mampu tersenyum bila mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak ini, satu pihak yang berjaya dan satu pihak lagi yang tidak berjaya.

Pihak yang berjaya, penuh dengat semangat, keyakinan dan perancangan yang akan mereka lakukan untuk mengatasi masalah didalam perjalanan mereka menuju kejayaan, ia menyebabkan telinga kita sejuk apabila mendengar dan jantung kita berdegup cepat kerana semangat tersebut sedikit sebanyak akan mengalir masuk kedalam diri kita.

Pihak yang tidak berjaya pula, akan sentiasa mengeluh menyalahkan perkara, benda atau orang lain yang menjadi punca kegagalan mereka. Malah, untuk diri kita yang mendengarnya, sebenarnya kita sedang mendengar ceramah bagaimana untuk menjadi seorang yang gagal dalam hidup.

Cara yang paling mudah untuk gagal adalah dengan kita mengamalkan sifat menyalahkan orang/perkara/benda lain.

Cara yang paling mudah untuk berjaya adalah dengan mengamalkan sifat menyalahkan diri sendiri dan mencari jalan menyelesaikannya.

Ada juga rakan-rakan yang meminta kepada saya supaya menerangkan secara terperinci bagaimana saya menjalankan program ToneExcel ini. Maka saya buatkan satu website untuk tujuan ini, cara yang saya jalankan ini mungkin sesuai dengan anda dan mungkin juga tidak sesuai. Anda timbang dan anda pilih mana-mana yang sesuai dan ada kebaikannya. Saya hanya berkongsi apa yang saya rasa baik sahaja.
Lihat disini http://tunetalk.ws/panduan1.html

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047



Jumaat 17/2/2012
Selamat sejahtera rakan-rakan semua.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada CEO kita Tuan Syed Kamaruzaman Bin Syed Abdullah diatas penganugerahan sebagai Jaksa Pendamai (JP) semasa istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah-darjah serta bintang-bintang kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan K.D.Y.M.M Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang Ke-84 pada 15 Januari 2012


Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Jumaat 17/2/2012
Selamat sejahtera rakan-rakan semua.

Dimaklumkan bahawa pengarah-pengarah ToneExcel akan mengadakan lawatan dan penerangan ke Sabah, dibawah ini adalah jadualnya:

Type : Roadshow
District / State : Kota Kinabalu
Venue : Imperial Boutec Hotel Kota Kinabalu
Date : 24 February 2012
Time : 8.00p.m - 10.00p.m
Address : 7th Floor, Block D, Warisan Square, Jalan Tun Fuad Stephens 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Contact : 088-525969
Fee : Free

Type : Roadshow
District / State : Labuan
Venue : Sara Hotel
Date : 25 February 2012
Time : 8.00p.m - 10.00p.m
Address : Jalan Dewan Pusat Bandar, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan
Contact : 087-415555
Fee : Free

Type : Roadshow
District / State : Bintulu
Venue : Regent Hotel
Date : 26 February 2012
Time : 8.00p.m - 10.00p.m
Address : REGENT HOTEL, KEMENA COMMERCIAL CENTRE, JALAN TANJUNG BATU, BINTULU SARAWAK
Contact : 086-335511
Fee : Free

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Jumaat 3/2/2012
Selamat sejahtera rakan-rakan semua.

Diumumkan bahawa Tunetalk tidak lagi menggunakan perkhidmatan Insuran Etiqa Maybank, tetapi mereka menggunakan Oriental Capital Assurance Berhad.

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Jumaat 3/2/2012
Selamat sejahtera rakan-rakan semua.

Saya ada dengar dari Toneexcel, dalam jangkaan akan buat dinner lagi sekali dan ianya akan diadakan di Kota Kinabalu Sabah, anggaran dalam bulan empat nanti. Dinner ini khas untuk penghargaan kerana ramainya yang telah menyertai program Tunetalk/ToneExcel ini di Sabah/Sarawak. Jadi bila dah diumukan nanti, jangan lepaskan peluang ini, kerana masa dinner di Penang bulan 10 tahun lepas, ramai betul yang dapat cabutan bertuah dan kebanyakkannya dalam bentuk cash money.

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Jumaat 3/2/2012
Selamat sejahtera.

Ada yang bertanya kepada saya, saya dah beli simkad toneexcel ini, kenapa kertas kecil utk topup RM30 seperti dalam video tu tak ada, Jawapannya semenjak tiga bulan yang lalu ToneExcel telah memasukkan terus kredit RM30 tersebut dalam simkad, jadi tak perlu nak top-up lagi. Bila kita aktifkan simkad tu, terus ada kredit RM30.

Terima Kasih.
Admin ToneExcelDotBIZ
010-5232047

Dari Meja Admin ToneExcelDotBIZ
| Home | Beli-SimKad | Aktif-Simkad | Soal/Jawab | Hubungi | Testimonial | Berita | List Agen | Upgrade | Video | Login |