Website ini dibawakan oleh  mohd reedhuan bin mohamed  Tel:0107894587 
| Home | Beli-SimKad | Aktif-Simkad | Soal/Jawab | Hubungi | Testimonial | Berita | List Agen | Upgrade | Video | Login |
Berita Perkembangan Biz WOW Referral Program
Muka Surat 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7

Muka Surat 1
Isnin 7/2/2011

Kepada kesemua ahli WOW Program,

Ucapan dari ToneExcel,

Kami ingin memberitahu kepada anda semua, bermula dari 1hb Feb2011, kesemua starter pack yang masih lagi berharga RM70 tetapi diberikan air time hanya RM33 sahaja disebabkan kenaikkan sales tax.

Sila berhubung dengan Vincent, Mark atau Gilbert (010 5000 969) sekiranya anda mempunyai soalan.

Terima kasih
Dari Pengurusan ToneExcel.


Sabtu 29/1/2011

Salam sejahtera semua,

Pemberitahuan;

Terdapat sedikit masalah teknikal dengan website www.toneexcel.com, dan pihak ToneExcel sedang cuba mencuba untuk mengatasinya. Sementara itu jika anda ingin melawat member area sila lawati website alternatif ini. Klik Disini

Terima kasih
Admin ToneExcelDotBIZ


Tuesday 18/1/2011

Salam sejahtera semua,

Pemberitahuan;

Disebabkan data yang terlalu banyak untuk transaction komisyen, maka process updating menjadi terlalu perlahan. Sekarang ini pihak ToneExcel sedang upgrade system yang mereka ada, dan server yang baru akan dipasang dalam bulan ini untuk mengatasi masalah lambat processing ini.

Diharap jangan ada diantara kita rasa down pulak bila melihat komisyen didalam member area tersebut lambat naik. Kita hanya teruskan kerja kita mengembangkan network masing2, dan ToneExcel tengah berusaha mengatasi maslah tersebut.

Sunday 16/1/2011

Coretan Admin untuk Renungan:

Saya dapati ramai diantara downline kita dalam program ini, tidak mempunyai email atau tidak tulis email semasa pendaftaran affiliate itu.

Bagaimana kita ingin mengembangkan perniagaan ini secara online jika downline anda tidak mempunyai email.

Jika mereka tiada email, maka kita terpaksa mendidik mereka secara offline. Maka kembalilah kita kepada satu cara yang telah terbukti sangat sukar untuk mencapai kejayaan, dan terlalu lalu ramai yang gagal. Kenapa kita masih lagi ingin meneruskan cara yang sukar tersebut?

Saya sangat galakkan anda hubungi downline anda, pastikan mereka ada email, jika tiada, bantu mereka untuk memiliki email sendiri, dan ajar mereka cara-cara nak baca email dari internet.

Selepas itu pastikan mereka memiliki web promosi percuma sendiri, (klik di link promosi percuma) dan biarkan mereka mengembangkan perniagaan mereka sendiri. Belajar sendiri, lihat video2 yang ada. Kalau perniagaannya berkembang maka bermakna perniagaan anda juga akan berkembang. Jika mereka boleh berdikari maka perniagaan anda akan jadi autopilot. Bergerak sendiri.
Jika ada sesiapa yang sudah memohon web promosi, tapi masih tidak mendapatkannya, ini kerana semasa anda mengisi borang tersebut, anda salah menghantar email, sebab itu web promosi tesebut tidak dapat anda aktifkan.

Jadi apa yang perlu anda lakukan hantarkan email ke mazelan.abas@gmail.com dan minta saya aktifkan, nanti saya akan bantu disitu.

Selepas itu pastikan mereka subcribe disini:
Name
Email
dengan subscribe disini, anda sudah kurang satu kerja, iaitu kerja mendidik downline anda, motivasi, kerja menyampaikan maklumat kepada mereka, ini dinamakan duplicate.

Ada juga yang berikan alasan yang mereka tiada internet dan tidak berminat dengan internet.
Saya cadangkan mereka ini sesuai sebagai pengguna sahaja, tidak perlu tawarkan mereka tentang peluang perniagaan ini. Nanti ia akan menyusahkan anda, nak aktifkan cari anda, nak submit form cari anda, nak daftarkan downline dia cari anda, nak tahu baki kredit cari anda, kesudahnya anda tiada masa untuk diri anda sendiri. Berapa ramai yang anda boleh layan downline yang sedemikian, sorang, dua orang, tiga orang, katalah maksima sepuluh orang. Itu sahajalah saiz network anda untuk apa jua bisnes, tidak akan besar sampai bila-bila.

"Jika anda tidak puas hati dengan keputusan, ubah pendekatan"

Dari Meja Admin ToneExcel.BIZ
Mazelan Abas
0122856223


Sunday 16/1/2011

Salam sejahtera semua,

Ramai yang call kami, dan bertanya tentang Service Center, jadi untuk mengelakkan berbagai khabar angin mengenai SC, disini saya siapkan penerangan mengenainya. Klik disini


Thurday 13/1/2011

Berita dari meja Admin ToneExcel.BIZ

Pihak ToneExcel telah mengeluarkan dua presentation power point untuk kemudahan anda sekiranya anda ingin melakukan penajaan kepada sahabat-sahabat yang lain.

Klik di link yang saya berikan dibawah ini untuk download presentation tersebut:

1. Presentation dalam English. Klik disini
2. Presentation dalam Bahasa Malaysia. Klik disini



Thurday 13/1/2011
Salam untuk sahabat di Sabah dan Sarawak.

Unit marketing dari ToneExcel akan mengadakan tour penerangan untuk kita semua dan mereka termasuk Director director dari Toneexcel sendiri, dan kita sangat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan mereka kesana.

Jadi, cuba luangkan masa bersama mereka dan kalau boleh bawa rakan2 seramai yang mungkin untuk menghadiri sesi penerangan dengan mereka. Bawa sembila atau sepuluh bas kesana baru GEMPAK.

Dibawah ini adalah jadual tour mereka. Harap Maklum.

Date     21.01.2011
Day     Friday
Venue    
Kuching Park Hotel
Lot 606, Jalan Pandungan, 93100 Kuching
Time     7.30pm
   
Sibu    
Date     22.01.2011
Day     Saturday
Venue    
Premier Hotel
P.O.Box 1064, 96008 Sibu
Time     7.30pm
   
Miri    
Date 23.01.2011
Day  Sunday
Venue
Mega Hotel
Lot 907, Jalan Merbau, 98000 Miri
Time     7.30pm
   
Kota Kinabalu
Date     25.01.2011
Day     Tuesday
Venue    
Courtyard Hotel
G-800 1 Borneo Hypermall, Jalan UMS, 88450
Time 7.30pm

Wednesday 12/1/2011

Salam sejahtera pada sahabat semua,

Pihak toneexcel telah bermurah hati untuk mengadakan cabutan bertuah setiap bulan bermula dari Januari 2011. Setiap bulan akan diundi 20 orang pemenang yang akan menerima hadiah sebanyak RM200

Syarat penyertaan:
1. Kena top-up pada bulan tersebut sekurang-kurangnya RM50
2. Ahli hendaklah ahli yang aktif
3. Keputusan ToneExcel adalah muklamad

Pemenang akan diberi tahu di dalam website dan cabutan akan dilakukan setiap 10hb.

Pertanyaan lanjut sila hubungi ToneExcel: 010-5000 969

Friday 7/1/2011

Kepada sahabat di wow Program ini,

Selamat menyambut tahun baru 2011, semoga tahun ini kita mampu melakukan perubahan positive dalam kehidupan kita.

Kami telah mendapat berita mengembirakan dari ToneExcel untuk kesemua ahli WOW Program, dimana:
1) Topup minima setiap bulan telah diturunkan dari RM38 kepada RM20 sahaja.
2) Minima komisyen sebelum ini, diturunkan dari RM50 kepada RM30 sahaja. Ini bermakna jika komisyen kita didalam wallet tersebut melebih RM30, ianya akan dibayar terus kedalam akaun bank kita.
3) Jika dulu sesiapa yang tidak maintain topup minima RM38, mereka akan dikeluarkan dari program ini, tetapi bermula serta-merta, minimum topup adalah RM20 sahaja, dan sesiapa yang tidak topup minima RM20, maka mereka tidak akan mendapat komisyen pada bulan tersebut sahaja. Dan jika mereka tidak topup 2 bulan berturut-turut, TIDAK tidak akan dikeluarkan dari program ini.

Diharap dengan perubahan ini akan meningkatkan semangat kita untuk terus kekal dan mempromosikan Program WOW ini keperingkat yang lebih jauh.

Wednesday 1/12/2010

Kepada sahabat di wow Program ini,

Berdasarkan info yang saya perolehi dari ToneExcel, ramai diantara kita yang sepatutnya layak mendapat komisyen pada 20hb November yang lalu, tetapi hanya disebabkan mereka tidak update bank info didalam member area, maka komisyen mereka ditangguhkan dahulu sehingga pihak ToneExcel mendapat maklumat bank yang tepat.

Dan kedua, kami ada mendengar ada diantara kita yang sepatutnya dapat komisyen dua tiga ratus ringgit, tetapi hanya kerana tidak top-up cukup RM38 dalam bulan tersebut, maka komisyen tersebut terhangus

Jadi untuk mengelakkan masalah teknikal bank info, login kedalam member area (www.toneexcel.com) dan sesiapa yang tak edit lagi bank info, elok lakukan sekarang juga!

Wednesday 1/12/2010
Tip Membuat Marketing #1.


1. Sekiranyanya anda ingin mengembangkan perniagaan ini secara offline, iaitu anda ingin sponsor saudara mara, sahabat handai, rakan sekerja, saya mencadangkan yang anda memahami terlebih dahulu perjalanan perniagaan ini, luangkan masa untuk membaca website ini dan juga menonton video2 yang disediakan.

2. Gunakan catalog ini sebagai persediaan untuk anda sponsor orang lain, dan jadikan ia sebagai buah tangan kepada mereka.
Download disini catalog tersebut

Dan print terus borang ini untuk mereka mendaftar.
Klik disini



3. Sekiranya anda ingin mengambangkan perniagaan ini secara online:

Pertama: Anda perlu memiliki satu website samada website sendiri atau website replika.

Kedua: setelah anda memiliki website, promotekan setiap hari kedalam facebook, yahoo group. Iklan disini merupakan iklan pakai buang, dimana iklan-iklan tersebut hanya boleh bertahan dalam tempoh sehari dua sahaja. Sesiapa yang rajin dan konsisten meluangkan masa 20 minit sehari sekali mempromosikannya adalah orang yang akan mendapat hasil terbanyak daripadanya.

Ketiga: Untuk sesebuah iklan itu dapat bertahan untuk jangka masa yang lama malah bertahun-tahun, gunakan iklan percuma (free classified Malaysia) dan youtube.

Keempat: Untuk sentiasa mempromosikan website anda secara berterusan, gunakan signiture email didalam email anda.

Kesemua teknik ini anda boleh pelajari secara percuma di Langkah 5 didalam website ini.


Tip Membuat Marketing #2

Kami telah menyiapkan file excel untuk membantu anda membuat target didalam perniagaan ini. Gunakan file tersebut untuk anda menganggarkan berapakah jumlah pendapatan yang mungkin anda perolehi sekiranya anda menjalankan perniagaan ini secara berterusan dalam tempoh jangkan masa tertentu.

Download file tersebut:

Jika anda menggunakan Window 7 : Download disini.
Jika anda menggunakan selain daripada Window 7 : Download disini.

Sunday 21/11/2010

Salam sejahtera sahabat semua,

Kami telah membuka satu pusat latihan internet dimana anda boleh belajar secara percuma teknik-teknik promosi melalui internet, sesiapa jua boleh menghadiri kursus percuma ini.

Untuk pengetahuan lanjut sila klik di banner dibawah ini



Thursday 18/11/2010

Salam sejahtera sahabat semua,

Tunetalk telah pun melancarkan pemberian point kepada kita semua. Sesiapa yang topup prepaid tunetalk akan mendapat point yang boleh ditukarkan kepada tiket penerbangan AirAsia percuma keseluruh dunia

Untuk melihat nilai point yang akan kita perolehi berdasarkan nilai top-up, klik disini

Untuk melihat nilai tiket penerbangan berdasarkan point kita, klik disini

Untuk melihat jumlah terkumpul point anda, gunakan handphone Dail *133#

Untuk claim point anda bagi ditukarkan kepada ticket AirAsia, dail 13100 dan beritahu destinasi anda.

Jadi galakkan sahabat-sahabat anda, pekerja anda, samada dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, atau dari negara mana sekali pun yang tinggal di Malaysia untuk menggunakan tunetalk-toneexcel, prepaid dapat, komisyen dapat, ticket AirAsia percuma pun dapat!


Tuesday 16/11/2010

Salam sejahtera sahabat semua,
disebabkan ramai yang meminta untuk mempelajari teknik pengiklanan menggunakan facebook yang baru, disini anda boleh mempelajari teknik terkini. Klik disini untuk melihat video tersebut.


Sunday 24/10/2010

Artikel dari Admin Toneexcel.BIZ Yang sesuai untuk dibaca:

| Artikel 6 | Artikel 7 | Artikel 8 |



Thursday 15/10/2010

Beberapa Artikel dari Admin Toneexcel.BIZ Yang sesuai untuk dibaca:

| Artikel 1 |
Artikel 2 | Artikel 3 | Artikel 4 | Artikel 5 |


Thursday 15/10/2010

Peringatan untuk kesemua yang menyertai program ini.

Jangan lupa didalam member area anda (www.toneexcel.com), pastikan anda sudah memasukkan no akaun bank dan maklumatnya dengan betul, jika tidak nanti duit komisyen anda tak masuk dalam bank, penat kita buat kerja nanti.

Jika maklumat bank TIDAK sama dengan nama ahli, pastikan anda hantarkan borang penama ini kepada toneexcel secepat mungkin.

Download borang tersebut disini. Klik disini.
selepas diisi, sila faxkan borang tersebut ke 03-9056 3844




Pertandingan Penaja Terbaik Bulan Oct 2010.

ToneExcel Sdn Bhd bermurah hati untuk memberi saguhati yang besar untuk penaja terbaik pada bulan Oktober 2010 ini. Apa yang saya faham, ToneExcel akan memilih 10 hari dalam bulan Oct ini secara rawak, contohnya mungkin 3hb, 7hb, 13hb dan seterusnya, atau bila-bila yang dipilih, asalkan 10 hari didalam bulan Oct tersebut.

Jadi contohnya jika ToneExcel pilih 3hb Oct2010, maka sesiapa yang menaja level pertama sahaja, iaitu mengaktifkan, register dalam sistem, tertinggi pada 3hb tersebut, dan borang pendaftaran yang origanal dihantar ke ofis toneexcel sebelum 15hb November2010, maka orang tu lah yang akan mendapat hadiah RM1,500.

Begitulah untuk hari kedua, mungkin hari kedua yang dipilih adalah 8hb Oct.
maka sesiapa yang menaja level pertama sahaja, iaitu mengaktifkan, register dalam sistem, tertinggi pada 8hb tersebut, dan borang pendaftaran yang origanal dihantar ke ofis toneexcel sebelum 15hb November2010, maka orang tu lah yang akan mendapat hadiah RM1,500.

sehinggalah sampai hari kesepuluh. Jadi anda mungkin memenangi hadiah tersebut beberapa kali.
Rebutlah peluang ini nak dapat duit extra.

Dan saya dengar pertandingan ini akan dijalankan setiap bulan.
Untuk penerangan lebih lanjut anda boleh call ofis ToneExcel Sdn Bhd 03-9057 0918

Dari Meja Admin ToneExcel.BIZ
Mazelan Abas
0122856223

Thursday 14/10/2010

Pihak pengurusan ToneExcel Sdn Bhd akan mengadakan ceramah dan penerangan mengenai WOW referral Program ini, jadi jika sahabat2 berkelapangan dijemput hadir dan juga jika berkemampuan bawalah seberapa ramai rakan2 anda, untuk mendapatkan penerangan yang menyeluruh dan terperinci. K
alau boleh datang pakai bas lagi bagus, mau empat lima biji bas, terkejut semua orang !!

Negeri Sabah
Tarikh/Masa 15th October 2010 (Friday)
7.30 PM
Tempat Court Yard Hotel,
G-800 1Borneo Hypermall
Jalan UMS , 88450 Kota Kinabalu.
Tel 088-528 228

Negeri Sarawak
Tarikh/Masa 16th October 2010 (Saturday)
7.30 PM
Tempat The Lime Tree Hotel,
Lot 317 Jalan Abell ,
93100 Kuching , Sarawak.
Tel 082-414600

Dari Meja Admin ToneExcel.BIZ
Mazelan Abas
0122856223

Sunday 10/10/2010

Berita dari meja Admin ToneExcel.BIZ

Kami dapati ramai yang telah pun mendaftar dan menjalankan perniagaan didalam program ini tetapi masih tidak menghantar lagi borang pendaftaran yang original kepada kami. Sesiapa yang masih belum berbuat demikian sila hantar kan borang tersebut secepat mungkin, dikhuatiri ia akan mengganggu pembayaran komisyen yang sepatutnya kita terima nanti. Borang tersebut adalah contract rasmi kita dengan Tone Excel Sdn Bhd.

Jika anda masih belum ada borang pendaftaran tersebut, sila download disini.
Dalam bentuk WORD. Klik Disini
Dalam bentuk PDF. Klik Disini

Terdapat dua cara untuk anda menghantar borang terbut:
1. Melalui email. Scan kan dan hantar kepada email
mazelan.abas@gmail.com

2. Hantarkan melalui POS ke alamat:

Admin Website ToneExcel.BIZ
H-2-8, Jalan PJS 2C/2, Taman Medan Cahaya,
46000 Petaling Jaya, Selangor.


Wednesday 5/8/2010

Official Launch of Tone Excel WOW! Mobile Community Programme, 5th August 2010

Wednesday 15/7/2010


(Surat terbuka Admin Toneexcel.biz)
Terima kasih kerana melawati web toneexcel.biz ini.

Referral Program ToneExcel ini merupakan satu peluang yang jarang-jarang sekali timbul dinegara kita.

Perniagaan ini merupakan satu peluang yang amat-amat hebat kerana:

1. Produk yang diketengahkan oleh ToneExcel ini adalah prepaid dimana kita tahu ia merupakan produk keperluan rakyat negara kita. Boleh dikatakan 80% daripada penduduk di Malaysia menggunakan handphone dan mereka adalah bakal pelanggan kita. Manakala service provider yang di gunakan adalah Tunetalk.

2. Tugas kita hanyalah mengedarkan simkad prepaid Tunetalk-ToneExcel kepada sahabat, rakan, saudara mara yang menggunakan hand phone. Apabila mereka topup maka kita akan mendapat hasil dari topup mereka.

3. Yang menjadi kelebihannya adalah mereka top up bukan dengan kita, mereka boleh topup dimana sahaja, seperti di 7Eleven, kedai2 topup, stesyen minyak, maybank2u, cimbclik dll.

4. Modal kita bukan banyak, beli simkad tersebut sebanyak RM70, dapat kredit RM38, register didalam program ini, dan dah boleh mulakan perniagaan ini.

5. Dapat jual pada seorang pun dah kira ada income, kalau kawan kita tu gunakan simkad tersebut seumur hidup, maka seumur hiduplah kita dapat komisyen dari ToneExcel dan komisyen tersebut akan dimasukkan kedalam bank kita.

6. Kalaulah masa kawan kita tu top up di 7Eleven lah katakan, dan ketika itu kita sedang tidur, naaah, ini yang dikatakan tidur pun dapat duit.

7. Kalau kita tak buat pun, memang kita pakai handphone, duit habis jugak, daripada pakai handphone tak dapat duit lebih baik pakai handphone dapat duit. Cuba fikirkan berapa ramai ahli keluarga kita yang pakai handphone, rakan karib kita yang pakai handphone, rakan sekerja pakai handphone, berapa pula duit yang mereka keluarkan setiap bulan hanya untuk beli prepaid atau bayar bil taliphone, kesemua mereka ini merupakan bakal pelanggan anda. Jadi mengapa pakai handphone tanpa mendapatkan hasil. Jangan lupa sekarang ini, jika kita pakai handphone, dan bila mana kita top-up atau bayar bil talipon, kita hanya mengayakan orang lain yang sudah sedia kaya. Mengapa kita tidak mahu kaya kan diri sendiri, ibu bapa, anak-anak kita, isteri, saudara dan sahabat kita dahulu.

Contohnya kalau ada seorang ibu yang mempunyai lapan orang anak, pakat ramai2 jadikan ibu upline dan semua anak2nya jadikan downline, hendak tak hendak selama ini pun semua masih pakai handphone. Tapi bila bayar bil phone atau beli topup, taukeh2 yang dah sedia kaya kita kaya kan lagi, tapi ibu kita tak mendapat hasil sama sekali. Sekarang dengan cara ini, tanpa mengubah cara berkominukasi anda, masih lagi pakai handphone, tapi anda, setiap kali top-up handphone anda, anda tahu yang anda sedang memberi komisyen kepada ibu anda.  Anak seramai lapan orang tadi semuanya memberi sumbangan kepada ibu sendiri.

8. Ada bantuan pulak lagi, jika anda ingin sebarkan program ini untuk cari downline secara online, boleh dapatkan website percuma dari kami. Free pulak tu.

9. Program ini masih baru, baru dilancarkan pada 5/8/2010 di Hotel Sunway, Petaling Jaya, anda berpeluang menjadi antara orang2 yang awal, jangan tunggu sehingga sudah berjuta pengguna menyertai program ini, baru kita ingin sertainya, dikhuatiri agak terlambat.

10. Syarat untuk kekal dalam program ini hanyalah kita perlu maintain topup kredit handphone kita sebanyak RM40 sahaja, dan saya yakin tidak ada siapa pun yang merasakan ia satu bebanan untuk topup sebanyak itu setiap bulan. Jadi repeat sale tidak perlu dirisaukan lagi. Kita tidak risau downline kita akan keluar dari program ini sebab mereka tidak akan merasa beban walaupun mereka tidak mencari downline.

Jadi jangan buang masa, dapatkan simkad ini segera dan mulakan perniagaan prepaid anda sekarang juga, walau pun secara sampingan. Hanya ceritakan kepada keluarga, rakan dan kenalan, saya pasti ramai yang akan berminat. Jangan tunggu sehingga mereka pula yang menawarkan program ini kepada anda, nanti baru kita perasan yang kita sering mengabaikan peluang yang lalu didepan kita.

Anda tidak akan jumpa mana2 perniagaan sampingan yang semudah ini, serendah resiko seperti ini, dan market yang sangat-sangat luas.




Terima Kasih.
Mazelan Abas
012-2856223
Admin toneexcel.biz
Wednesday 05/05/2010

Menandatangani perjanjian di antara Pengerusi Eksukutif Tone Excel Sdn Bhd, En.Syed Kamaruzaman(right) dan Ketua Pegawai Eksukutif Tune Talk, En Jason Lo(left)

TONE EXCEL KONGSI JENAMA DENGAN TUNE TALK UNTUK PROGRAM RANGKAIAN PEMASARAN
Wednesday 05/05/2010

Kuala Lumpur, 5 April 2010 - Syarikat Pemasaran Rangkaian Tone Excel Sdn Bhd Telah Melancarkan Satu Program Keahlian Yang Inovatif Yang Memberi Tumpuan Kepada Perkhidmatan Mudah Alih Pra Bayar Yang Disediakan Oleh Syarikat Telekomunikasi Terbaru Di Negara Ini, Tune Talk.

Diberi nama WOW! Program Komuniti Mudah Alih, ia berusaha mendapatkan ahli-ahli yang akan membantu mempromosi dan memasarkan keahlian WOW! dan memperolehi pendapatan yang lumayan melalui satu program insentif yang menarik.

“Tune Talk sentiasa berusaha mencari cara dan kaedah baru untuk meninjau peluang-peluang dengan rakan-rakan strategik. Tone Excel memberi ruang dan laluan yang unik kepada kami kepada satu saluran baru dan menarik dan kami mengalu-alukan pembabitan mereka di mana kami menjangka akan menghasilkan satu kejayaan untuk tempoh jangka panjang,” kata Jason Lo, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk.

Untuk menjadi seorang ahli kepada program itu, seseorang hanya perlu membeli satu pek permulaan WOW! yang dijual dengan harga runcit RM68 setiap satu. Ia disertakan dengan masa berbual Tune Talk bernilai RM38 dan perlindungan insurans peribadi kemalangan bernilai RM100,000.

Seorang ahli WOW! kemudian akan menikmati komisen sehingga 20% ke atas penggunaan mudah alih oleh ahli-ahli WOW! yang lain yang diperkenalkan oleh mereka. Ahli-ahli WOW! yang layak akan juga ditawarkan untuk menguruskan secara bersama Pusat-pusat Perkhidmatan WOW! dan Cawangan-cawangan WOW! di seluruh negara.

“Pengendali-pengendali mudah alih di Malaysia membelanjakan beratus juta Ringgit bagi tujuan pengiklanan dan promosi dalam usaha mendapatkan pelanggan. Di Tone Excel kami menggunakan cara pengiklanan yang inovatif di mana kami mendapatkan ahli-ahli komuniti WOW! untuk membuat pengiklanan dari mulut ke mulut. Dengan berbuat demikian kami dapat menjimatkan kos pengiklanan dan akan menggunakan bajet kami untuk terus memberi ganjaran kepada ahli-ahli kami,” kata Encik Syed Kamaruzaman Shahabudin , Pengerusi Eksekutif Tone Excel.

Ahli-ahli “WOW! boleh menikmati perkhidmatan mudah alih yang mengujakan yang disediakan oleh Tune Talk pada kadar yang kompetitif dan pada masa yang sama diberi ganjaran wang tunai untuk mensubsidikan penggunaan mudah alih mereka dan banyak faedah lain seperti baucar pelancongan,” kata Syed Kamaruzaman.

Tone Excel pada masa ini sedang berunding dengan para pengeluar peranti dan pembekal perkhidmatan, isi kandungan dan produk untuk mempertingkatkan lagi program Komuniti Mudah Alih WOW!

Sehingga ini WOW! mempunyai kira-kira 10,000 ahi dengan Pusat Perkhidmatan WOW! dan Cawangan WOW! di seluruh negara. Tone Excel mensasarkan 100,000 ahli menjelang Disember 2010.

Beroperasi sebagai sebuah operator rangkaian maya mudah alih (MVNO) dengan memanfaatkan rangkaian 2.5G Celcom (Malaysia) Berhad, Tune Talk menawarkan pakej suara dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perkhidmatan tambahan yang dapat memenuhi permintaan pengguna bagi satu produk yang mudah dan memberi nilai kewangan dengan akses yang mudah dan jangkauan pengedaran yang paling luas.

Maklumat mengenai Tone Excel
Tone Excel Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 2009 untuk menceburi di dalam industri mudah alih di Malaysia. Misi Tone Excel adalah untuk membantu setiap individu agar mencapai kebebasan daripada belenggu kewangan menerusi konsep pemasaran yang inovatif. Tone Excel menggabungkan pengalaman dan kepakaran daripada perkhidmatan insurans, pemasaran berangkaian dan kewangan untuk merumuskan saluran dan strategi baru, seterusnya meningkatkan pendapatan.
Layari www.toneexcel.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat mengenai Tune Talk
Tune Talk Sdn. Bhd., pengendali mudah alih yang terbaru di negara ini, secara rasminya melancarkan perkhidmatan komersil mereka pada 19 Ogos 2009. Tune Talk beroperasi sebagai sebuah operator rangkaian maya mudah alih (MVNO) yang memanfaatkan rangkaian Celcom (Malaysia) Berhad yang meluas. Tune Talk menetapkan sasaran untuk memberi perkhidmatan kepada segmen pasaran yang masih belum menikmati perkhidmatan yang menyeluruh dengan kadar panggilan yang amat rendah dan insentif yang mengujakan. Dikeluarkan sebagai satu perkhidmatan pra bayar dengan nombor awalan "010", Tune Talk menawarkan pakej suara dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perkhidmatan tambahan yang dapat memenuhi permintaan pengguna bagi satu produk yang mudah dan memberi nilai kewangan dengan akses yang mudah dan jangkauan pengedaran yang paling luas. Layari www.tunetalk.com untuk mendapatkan maklumat.

SUMBER: TONE EXCEL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:

NAMA:Encik Vincent Oh
TEL:+6010 303 7333
EMAIL:Vincentoh@toneexcel.com

TARIKH SIARAN: 5 APRIL 2010
DISIARKAN OLEH BERNAMA, PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA

Berita ini dipetik dari:
http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=3914



Wednesday 05/05/2010

TONE EXCEL EYES 100,000 MEMBERS FOR WOW! MOBILE COMMUNITY PROGRAMME

| BERNAMA; Malaysian National News Agency, May 5, 2010 |

BERNAMA, The Malaysian National News Agency KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Local network marketing company, Tone Excel Sdn Bhd, has target to recruit 100,000 members for its WOW! Mobile Community Programme, by year-end.

The innovative membership programme, launched last month, is in collaboration with Tune Talk Sdn Bhd, the newest mobile operator in the country.

To date, around 10,000 members have joined the programme, Tone Excel said in a statement here today. "We are constantly looking for new ways to explore opportunities with strategic partners.

"Tone Excel gives us a unique insight into a new and interesting channel. We welcome their involvement in what we expect to be, a long-term success," said Jason Lo, Tune Talk's Chief Executive Officer.

Meanwhile, Tone Excel said it employs an innovative way of advertising, where the WOW! community advertises by word of mouth.

"By doing so, we save on advertising costs and use our budget instead to continuously reward members," Tone Excel's Executive Chairman, Syed Kamaruzaman Shahabudin said.

The referral programme seeks to recruit members to promote, market the membership and earn attractive income via an incentive mechanism.

The membership starts with the purchase of a WOW! starter pack, that retails at RM68.

A starter pack includes RM38 pre-loaded Tune Talk airtime and RM100,000 personal accident insurance coverage.

Referrals get up to a 20 per cent commission over the mobile usage of other WOW! members.

"WOW! members can enjoy exciting mobile services provided by Tune Talk at competitive rates and at the same time, be rewarded with cash to subsidise their mobile usage and many other benefits, such as travel vouchers," Syed Kamaruzaman explained.

Dipetik dari Bernama.
| Home | Beli-SimKad | Aktif-Simkad | Soal/Jawab | Hubungi | Testimonial | Berita | List Agen | Upgrade | Video | Login |