Salam sejahtera sahabat,

Semalam saya on the way nak ke Pulau Pangkor untuk bercuti dengan keluarga sambil nak memancing, memang minat saya tu dari dulu lagi. Harap-harap dapat ikan besar.

Jadi semasa dalam perjalanan, saya teringat seorang sahabat saya di Mantin yang memang ligat buat Tunetalk beberapa bulan lepas. Saya terus call dia dan tanya khabar, sebab saya perasan dia secara tiba-tiba senyap tanpa berita, daftar downline baru pun tak ada lagi. Group dia pun senyap, tak ada seorang pun yang berkembang.

Dapat call dia, dan kami pun bersembang panjang melalui talipon.
Dia katakan pada saya yang dia dah tak buat lagi tunetalk, dah berhenti, gara-gara dapat upline yang tak bertanggung jawab. Upline tak bantu, upline ambil duit tapi tak belikan simkad untuk group dia, dan akhirnya dia jadi mangsa downline kejar dia kesana kemari, sehingga terpaksa dia berpindah rumah. Ini semua yang diceritakan kepada saya, saya hanya sekadar boleh dengar sahaja dan tersenyum, dan saya tak mahu tahu kebenarannya. Saya perasan dia buat perniagaan ini tak sampai dua bulan. Meletop diminggu pertama dan kedua, tapi hilang di bulan kedua. Pendek sikit umur sahabat kita ni di tunetalk-toneexcel.

Dia tanya kepada saya, bagaimana dengan perniagaan tunetalk saya, saya jawab, alhamdulillah. Komisyen meningkat setiap bulan, meningkat dalam kadar 30-50% sahaja, tak berapa laju sangat, tapi ok dan konsisten.

Jadi sepanjang perbualan tadi, dia banyak menceritakan tentang kelemahan dan keburukkan upline nya - jadi saya banyak mendengar sahaja.

Pengajaran yang saya perolehi:

Dari dulu saya mempunyai beberapa prinsip untuk menjalankan sesuatu perniagaan networking seperti ini.

1. Pertama: Jangan sebarang2 terjun dalam perniagaan MLM, online busines, affiliate program kalau tak memenuhi syarat ketat yang saya kenakan.

2. Kedua: Jangan bergantung kepada upline walaupun 1%. Buat sesuatu perniagaan tersebut paling kurang 2 tahun, tak kira samada upline bantu atau tidak, tak kira samada ada orang nak join atau tidak, tak kira apa jua rintangan dan alasan, asalkan kompany yang kita sertai tu masih wujud dan bayar komisyen seperti yang dijanjikan, saya akan buat secara konsisten.

Setiap hari saya akan bertanya pada diri sendiri, "Apa yang saya boleh buat lagi untuk kembangkan perniagaan saya ini" Kalau saya jumpa jawapannya, saya akan BUAT. Just DO IT. Jangan sekali-kali bertanya pada diri sendiri "Apa orang lain boleh buat untuk bantu perniagaan kita !" Itu merupakan soalan yang akan memusnahkan diri kita sendiri. Kalau tak percaya, amalkan. Pasti anda tidak akan dapat apa-apa hasil dari apa jua perniagaan yang anda ceburi.

Hanya dengan mengamalkan kedua-dua prinsip ini, program affiliate pertama yang saya ceburi (dah pun berumur lebih 2 tahun) menghasilkan pendapatan lebih setengah ratus ribu ringgit setiap bulan, saya ulang, setiap bulan. Program affiliate kedua (berumur 1 tahun 4 hari) dan ia mengeluarkan pencen dalam lingkungan RM5,000 ke RM6,000 setiap bulan.

Setakat ini saya menerima pendapatan dari 2 sumber affiliate, ia masih berterusan mengeluarkan hasil sehingga kehari ini.

Tunetalk-toneExcel adalah perniagaan ketiga dalam perjalanan saya, dan yg pertama berpengkalan di Malaysia, yg lain semua oversea, tak kenal pun upline dia sapa.

InsyaAllah, kalau umur panjang dan masih ada kemampuan, kalau kompani toneexcel ni masih wujud dan jujur bayar komisyen yang dijanjikan, saya akan usahakan paling kurang selama dua tahun sehingga ia menjadi autopilot, iaitu bergerak dengan sendirinya. Walaupun seluruh Malaysia orang mengatakan ia tidak bagus, saya tetap buat walau apa pun yang terjadi.

Kalau kita berhenti sekerat jalan disebabkan upline tak membantu, agak-agak sapa yang rugi, upline yang rugi atau kita yang rugi?

Esok kita sambung lagi perbincangan seperti ini.

Mazelan Abas
01228567223
http://toneexcel.biz