Salah satu email yang saya terima untuk tatapan anda, untuk dijadika pedoman dan sempadan
___________________________________________________________________________

from    XXXXXXXX, XX <XXXXXXXXX@msn.com>
to    Mazelan Abas <mazelan.abas@gmail.com>
date    Thu, Oct 21, 2010 at 7:05 AM
subject    Re: Perlukan nasihat encik
mailed-by    msn.com
_____________________________________________________________
Images are not displayed.
Display images below - Always display images from jXX_XXXX@msn.com
_____________________________________________________________
Salam tuan Mazelan.

Saya nak minta bantuan nasihat mana yang patut. Saya seorang bekas pegawai pemasaran di JB. Sekarang memang tak bekerja lagi. Saya dulu pernah terjumpa website you, tapi saya tak indahkan kerana banyak sangat tulisan dan saya malas nak baca panjang-panjang. Cuma sekarang saya mula membacanya kerana berminat dengan perniagaan Tunetalk yang you cadangkan. Sebab itu saya subscriber kedalam automlmanda yang you punya.

Saya menerima banyak email dari you, secara jujur sebenarnya memang saya tak baca pun, cuma pada suatu hari saya terjumpa seorang member lama saya yang menceritakan kegagalan didalam apa jua perniagaan MLM, dia dah serik, tapi selepas membaca email you dari automlmanda, dia bersemangat semula dan usahanya yang terbaru dengan cara yang you tunjuk telah mendatangkan hasil yang menggembirakannya. Saya terus balik rumah dan buka pc cari you punya email dan baca salah satu email yang you hantar, tiba-tiba saya rasa lain macam you punya email, tak macam orang lain punya. Saya mula cari balik email2 you yang lepas dan kumpulkan kesemuanya. Saya mula terkejut kerana sebenarnya saya sentiasa mencari seseorang yang dapat membuka mata saya untuk mendidik saya didalam dunia perniagaan online ini. Rupanya orang tu sudah lama berada dalam rumah saya, tapi hanya saya yang tak indahkan.

Untuk pengetahuan you, saya sudah menghabiskan masa hampir 10 tahun didalam dunia perniagaan MLM ini. Semua perniagaan sudah saya ceburi, dari Amway, cosway, avon, zulian, hingga yang kehari ini, Xango, 4Life, Justmate dan macam-macam lagi. Saya banyak habiskan duit apabila membuat cara traditional, pergi meeting, pergi seminar, beli CD, belajar dengan "guru MLM" sana dan sini. Hasilnya ... habuk pun tiada. Duit saya habis bayar duit talifon, cost perjalanan, dan lagi satu lagi lama saya buat, lagi ramai orang membenci saya. Macam2 janji palsu saya berikan semata2 nak dapatkan downline. Kesudahnya isteri saya minta cerai kerana tak tahan dengan perangai saya yang tidak serik-serik untuk mencuba sesuatu.

Saya mula beralih kedalam perniagaan online, sebab ramai yang cerita bahawa perniagaan online ini mudah, hinggakan HYIP pun saya masuk, pelaburan diinternet pun saya masuk, swisscash, castle-trillion, buluhemas, hyprobulk, mymode tapi semuanya hampa belaka.

Saya mula mengeluarkan saki baki duit VSS saya yang masih ada untuk belajar terlebih dahulu. Saya pergi menghadiri kursus dari IM terkenal (kononnya) di ibu negara, saya juga pernah menghadiri kursus di Pulau Pinang, dan juga Singapura. Semata-mata untuk berjaya didalam perniagaan online. Tapi indah khabar dari rupa. Saya habis hampir RM7,000 untuk menghadiri kesemua kursus tersebut, teori yang dipelajari rupanya hanya teori, dan saya yakin mereka yang mengajar ini buat duit semata kursus-kursus seperti ini, bukan dari ilmu yang mereka ajar. Pembohong besar secara sistematik.

Tidak payah cerita duit saya saya habiskan untuk membeli CD, ebook dan berbagai lagi program pembelajaran melalui internet, banyak duit saya habis disitu, tapi pendapatan saya tidak pernah bertambah. Lagi banyak keluar dari masuk.

Encik Mazelan,
tiada tempat untuk saya mengadu, kerana saya baru bercerai dengan isteri saya, saya kehilangan kesemuanya, isteri dan anak2 kerana kegilaan saya untuk cuba menjana pendapatan melalui internet ini.

Apa perlu saya buat sekarang? En Mazelan nasihat lah apa sahaja, saya akan ikuti kerana saya yakin saya akan bangkit juga suatu hari nanti, asalkan saya tidak mengalah mencari apa yang saya hajati.

Cuma saya rasa terkilan sedikit, kenapalah saya tidak baca dulu lagi email-email yang you hantarkan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada En Mazelan kerana melahirkan automlmanda, tanpanya sampai bila2 saya akan melakukan perniagaan sebegini dengan cara yang salah,

Harapan menggunung tinggi menunggu reply encik.

Daripada
XXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXX
XXXXXXX
______________________________________________________

Salam sejahtera tuan,
nasihat saya seperti dibawah ini.

1. Cari kerja dahulu untuk menampung kehidupan tuan, carilah apa2 kerja yang berpatutan asalkan gajinya memadai.

2. Tinggalkan kesemua perniagaan yang tuan buat sekarang, dan buat perniagaan ini. Dan luangkan masa 2 hari untuk belajar kesemuanya dari segi teknikal.
http://toneexcel.biz

3. Dapatkan 3 keping extra untuk simpanan tuan mengembangkan perniagaan ini. Dan jika habis pastikan tuan order semula dari saya dan setiap ada 3 keping didalam poket tuan.

4. Dapatkan replika website site diruangan menu.

5. Daftar 3 akaun facebook menggunakan email yang berlainan.

6. Belajar untuk iklankan web replika tadi di group-group facebook. Untuk 3 bulan pertama, setiap hari, saya ulang, setiap hari iklankan web replika tadi di 15 group yang berlainan, jadi kalau tuan ada tiga akaun, maknanya tuan iklankan ke 45 group berlainan di facebook. Proses ini akan mengambil masa 30 minit dari pada masa tuan setiap hari. Selepas tiga bulan, iklan di 30 groups berlainan setiap satu akaun tuan, bermakna setiap hari tuan iklankan ke 90 group setiap hari. Gunakan kata2 promosi yang berlainan setiap hari. Proses ini adalah PERCUMA.

7. Iklankan di 15 web iklan percuma di Malaysia, letakkan image sekali. Image yang bersesuaian. Ini perlu dilakukan sekali sahaja, bukan tiap2 hari. Dan re-new setiap 2 atau 3 bulan sekali. Proses ini adalah PERCUMA.

8. Gunakan gmail, dan setkan signiture yang mempunyai kata2 promosi dan link web replikan tuan. Jika ada spam masuk reply kepada penghantarnya dengan sesuatu yang yang ditujukan kepadanya. Ini dilakukan setiap kali ada spam masuk dengan cc yang banyak. Proses ini adalah PERCUMA.

** Jika ada mana2 cara yang diatas masih tidak faham, call saya untuk belajar dan memahaminya.

9. 2 minggu sekali call saya untuk bersembang kosong dan update perkembangan perniagaan tuan.

Lakukan perkara 6 dan 8 ini selama 2 tahun, setiap hari tanpa gagal.

Jika ada masa kelapangan, setelah menyelesaikan perkara "wajib" diatas, ini perkara "sunat" yang perlu dilakukan:

1. Dalam masa yang sama belajar dahulu secara percuma cara-cara membina website dan marketing yang lain di http://tutorialgdi.ws

2. Gunakan hosting yang percuma dahulu seperti weebly.com dan webstart.com , jangan ambil hosting yang berbayar seperti GDI diperingkat ini, dan belajar save email rakan-rakan menggunakan gmail contact terlebih dahulu tanpa menggunakan autoresponder berbayar seperti Trafficwave.

Pantang Larang:
1. Jangan sekali-kali buat bisnes lain, walau pun kelihatan offernya lebih menarik.
2. Jangan layan jika ada orang bertanya soalan-soalan yang susah mengenai perniagaan ini. Layan yang tanya senang-senang sahaja.
3. Jangan layan orang yang bersikap negatif dalam perniagaan ini.
4. Jangan mengharap saya atau upline tuan akan membantu tuan untuk mengembangkan perniagaan ini.
5. Jangan call orang yang buat miss call untuk tanya tuan mengenai perniagaan ini. Biar mereka yang call
6. Jangan buat cara offline, seperti menghadiri training, walau pun training untuk perniagaan ini sendiri, jangan keluar untuk jumpa seseorang yang meminta untuk diterangkan perniagaan ini, kecuali suruh mereka datang berjumpa tuan ditempat tuan.
7. Jangan sesekali mengajak rakan-rakan untuk menghadiri training atau briefing, walau pun untuk perniagaan ini.
8. Jangan buat marketing secara offline, seperti sebarkan flier, catalog, talipon sana-sini untuk berjumpa mereka bagi menerangkan perniagaan ini.

Dan yang paling penting BUAT apa yang saya suruh diatas 100%, dan JANGAN tanya saya kenapa saya suruh buat perkara tersebut. Jika ada salah satu perkara diatas tuan langgar, jangan sesekali datang meminta nasihat saya lagi seumur hidup tuan. You are not WELCOME.

Terima Kasih
Mazelan Abas
0122856223
http://toneexcel.biz